URBAN LEGEND TANAH JAWA “LAMPOR (2019)

4.7
(6)

“LAMPOR Si Keranda Terbang mencari mangsa! Satu Kampung Sunyi Sepi Menyembunyikan diri!”

Mitos dan Lagenda Lampor ini sangat digeruni di kalangan masyarakat di Tanah Jawa, mereka percaya Lampor adalah IBLIS atau JIN yang mengangkat keranda terbang dan datang “buat rondaan” keliling kampung pada waktu malam. Disebabkan ini, ramai yang tidak keluar rumah menjelang Maghrib dan semua perlu tidur di lantai.

Orang Jawa percaya kemunculan Lampor adalah petanda buruk dan biasanya kemunculan Lampor ini disebabkan ada pendosa dikalangan masyarakat kampung tersebut. Lampor akan menculik warga tersebut dibawa ke alam ghaib dan mangsa tidak akan kembali semula. Kalau pun ada yang kembali pun, mangsa itu akan kembali dalam keadaan gila dan tidak waras.

Pada Julai lepas, berlalu kekecohan apabila Daerah Singosari, Malang di Jawa Timur digemparkan apabila warga kampung tersebut terakam dan memuat turun sebuah video di Tik Toknya kemunculan KERANDA TERBANG di kampung tersebut.

Apakah kisah disebalik filem LAMPOR ini?

Berlatarbelakangkan Daerah Temanggung, Kendal berdekatan dengan Banyumas di Jawa Tengah, Netta (lakonan Adinia Wirasti) dan suaminya, Edwin (lakonan Dion Wiyoko) beserta 2 orang anak kecilnya Adam (lakonan Bimasena) dan Sekar (lakonan Angelia Livie) pulang ke kampung kelahiran Netta setelah 25 tahun meninggalkan kampung halamannya selepas tragedi hitam yang menimpa ibunya dulu.

Kali ini, kepulangannya adalah untuk menziarah ayahnya yang baru sahaja meninggal dunia. Namun kehadirannya di kampung tersebut tidak disukai oleh masyarakat disekelilingnya, Netta dipandang sinis dan dituduh bakal membawa malapetaka iaitu LAMPOR ke kampung mereka semula.

Kerana desas desus itu, Netta tidak mendiamkan diri, dia dan suaminya akan mencari kebenaran untuk membuktikan dakwaan orang kampung adalah tidak benar sama sekali walaupun perlu bergadai nyawa kerana ini melibatkan kebahagiaan dan kesejahteraan keluarganya.

Namun semakin mereka selidik misteri disebalik tuduhan itu, keluarga mereka mula ditimpa dengan pelbagai kejadian aneh dan menakutkan. Warga di kampung itu juga mula dihantui dengan kemunculan LAMPOR. Lama kelamaan, mereka pun mula percaya bahwa lagenda tentang LAMPOR SI KERANDA TERBANG itu benar-benar wujud dan akan datang menghantui dan membawa pergi jika ada si pendosa di kampung itu.

Apakah rahsia yang disembunyikan oleh keluarga Netta? Atau sememangnya Netta mengetahui sesuatu dari kejadian silamnya? Yang pasti, kini Netta perlu berbuat sesuatu untuk menyelamatkan keluarganya kerana mereka semua berada dalam keadaan yang sangat merbahaya!

BERITA BAIK!!

KINI ANDA BOLEH TONTON FILEM INI SECARA PERCUMA DI YOUTUBE! TAIP SAHAJA TAJUKNYA PASTI JUMPA YANG VERSI PENUH 1 JAM 26 MINIT.

Rating min untuk filem ini 7.9/10⭐⭐⭐⭐

Sebelum itu, jom kita saksikan trailernya yang pasti membangkitkan rasa terror!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.7 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI