MONSTER (2003) – KISAH BENAR SEORANG PEMBUNUH BERSIRI AMERIKA

5
(3)

 

Tahukah anda yang filem hebat MONSTER (2003) lakonan CHARLIZE THERON & CHRISTINA RICCI ini adalah BERDASARKAN DARI KISAH SEBENAR seorang pembunuh bersiri wanita Amerika bernama AILEEN WUORNOS?

Filem MONSTER ini juga antara filem yang telah menobatkan Charlize Theron sebagai BEST ACTRESS dalam AFI Fest Awards pada 2003..

Min tengok filem ni pun wowwww speechless memang mantap sangat performance Charlize Theron dalam membawa watak Aileen Wuornos ini..Seakan akan Aileen Wuornos sebenar yang berlakon..Dari segi ekspresi muka dan lenggok badannya memang sangat real..

Sinopsis : 

Pada tahun 1989 selepas berpindah dari Michigan ke Daytona Beach, Florida, pelacur jalanan Aileen Wuornos (Charlize Theron) bertemu dengan Selby Wall (Christina Ricci) disebuah kelab malam gay..Walaupun Aileen menjelaskan yang beliau bukan ‘gay’ tetapi Aileen kemudiannya jatuh cinta kepada Selby dan merasakan dirinya ingin melindungi Selby..

Disebabkan faktor umur Selby yang masih muda dan tiada kewangan, Aileen merasakan beliau bertanggungjawab untuk menjaga dan memberi makan kepada Selby..Aileen meneruskan pekerjaannya untuk melacur demi mencari sumber kewangan untuk mereka berdua..

Selepas dirogol, diliwat dan dipukul dengan kejam oleh seorang pelanggan Vincent Corey, Aileen telah membunuhnya untuk mempertahankan diri dan memutuskan untuk berhenti daripada dunia pelacuran..

Aileen telah mengaku perbuatannya kepada Selby dan memberitahu yang beliau telah diliwat oleh pelanggan tersebut menyebabkan beliau bertindak membunuh lelaki tersebut

Aileen sekali lagi nekad untuk mencari kerja yang sah tetapi akibat kekurangan kelayakan dan pengalaman bekerja membuatkan beliau tidak diterima bekerja..Akibat terlalu terdesak untuk mencari wang, Aileen kembali melacurkan diri..

Aileen mula merompak dan membunuh semua pelanggannya dengan cara pembunuhan yang paling kejam kerana Aileen menyangkakan mereka cuma ingin merogolnya..Aileen menggunakan wang hasil curiannya itu untuk menanggung kehidupan mereka berdua..

Perbuatan Aileen akhirnya berjaya dihidu pihak berkuasa dan Aileen ditangkap di sebuah bar The Last Resort..

Kisah Benar : 

AILEEN CAROL WUORNOS, seorang pembunuh bersiri dan pekerja seks Amerika yang membunuh 7 lelaki di FLORIDA pada tahun 1989 dan 1990 dengan menembak mereka pada jarak dekat..Wuornos mendakwa bahawa mangsanya samada telah merogolnya atau cuba merogolnya semasa mereka inginkan perkhidmatan seks daripadanya..Tindakannya itu adalah sebab ingin mempertahankan diri..Aileen Wuornos telah dijatuhi hukuman mati kerana atas kesalahan membunuhnya & telah dihukum mati dengan suntikan maut pada 9 Oktober 2002..

Sungguh tragis kisah dan pengakhiran hidup beliau..Walaupun beliau bersalah atas tuduhan membunuh tapi beliau juga salah seorang mangsa kekejaman manusia yang lain..

Filem MONSTER ini korang boleh saksikan secara penuh dekat YOUTUBE..

Korang boleh saksikan trailer filem Monster dibawah :

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!