Chithirai Sevvaanam (2021)

5
(3)

Kasih seorang ayah hingga ke hujung nyawa ketika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh dirogol bergilir-gilir dengan brutalnya!

Diinspirasi daripada kisah benar yang pernah berlaku pada tahun 2019 di Pollachi yang digemparkan dengan video viral kes serangan seksual.

Chithirai Sevvaanam merupakan sebuah kisah yang sangat suram dan menyayat hati yang pasti meninggalkan kesan kepada emosi kita terutama yang bergelar ibubapa. Ia mengisahkan tentang Muthupandi (Samudrakani), seorang petani desa yang hidup dalam kesederhanaan dan penuh bahagia bersama isterinya. Dan kebahagiaan itu bertambah dengan kelahiran anak sulung perempuannya ke dunia.

Malang tidak berbau, apabila suatu hari isteri tercintanya terkena renjatan elektrik dan meninggalkan Muthupandi bersama anaknya Aishwarya (Pooja Kannan). Dan sejak itu Muthupandi membesarkan Aishwarya seorang diri, ditatang bagai minyak yang penuh sehinggalah anaknya meningkat remaja dan satu-satunya keinginan dalam hidupnya adalah untuk melihat anak kesayangannya itu menjadi seorang doktor dan dapat berkhidmat dan membantu masyarakat kelak.

Akhirnya anaknya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di sekolahnya dan berpotensi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dalam bidang kedoktoran dengan syarat anaknya perlu menjalani peperiksaan tambahan yang dipanggil NEET untuk belajar perubatan dan untuk itu, Aishwarya perlu duduk di asrama di luar bandar bagi memudahkan sesi pembelajarannya.

Hari-hari pun berlalu dan suatu hari polis datang ke rumah ladang Muthupandi mengatakan bahawa anak perempuannya telah hilang dan klip video ketika anaknya tengah mandi telah tersebar di kalangan pelajar di asrama tersebut. Apakah yang berlaku selepas itu dan bagaimana akhirnya kisah yang menyayat hati ini berakhir? Anda perlu saksikan sendiri filem ini. Yang penting sila sediakan tisu bagi yang “Hati Tisu”.

Review Ringkas

Untuk sesetengah penonton, mungkin akan rasa jalan penceritaan filem ini agak “dragging” atau “slow pacing” tapi yang pasti bagi min kisah dari awal hingga akhir filem ini memberi impak yang cukup mendalam kerana ia berfokus kepada pengorbanan dan keperitan seorang ayah kepada satu-satunya anak perempuannya. Akan ada beberapa babak yang penuh emosi yang pasti membuatkan airmata kita berjuraian ketika si ayah merayau-rayau dan merayu kepada orang ramai untuk memadamkan klip video anaknya yang tersebar itu!

Dan seperti biasa, anda pasti tidak akan dapat menjangkakan beberapa TWIST yang akan disajikan kepada anda dalam filem ini.

Filem ini anda boleh tonton secara streaming melalui aplikasi ZEE5.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI