THE CHASER (2008) – KERAT-KERAT ORANG MACAM TU JE!!

5
(2)

Yoo Young-chul adalah pembunuh bersiri yang menggemparkan Korea Selatan pada tahun 2004 apabila mengakui telah membunuh 20 orang mangsa. Mangsa-mangsanya adalah dari kalangan pelacur dan wanita-wanita tua dari kalangan atasan.

 

Yoo Young-chul mengakui bahawa dia adalah kanibal yang memakan hati sebahagian mangsa-mangsanya, dia juga menyeksa mangsanya secara seksual dan membunuh mereka tanpa belas kasihan.

Penjenayah kejam ini didapai telah membakar sekurang-kurangnya tiga orang mangsanya dan lebih 11 orang lagi anggota badan mereka dipotong-potong sebelum dilupuskan.

Dalam pengakuannya di hadapan sebuah kamera TV, dia menyatakan “wanita tidak sepatutnya menjadi murahan dan orang kaya patut tahu apa yang telah mereka lakukan”. 

Na Hong-jin pengarah filem The Wailing telah mengarahkan sebuah filem yang dihasilkan berdasarkan kisah benar pembunuh bersiri kejam ini yang bertajuk THE CHASER . Filem The Chaser telah memenangi beberapa anugerah perfileman antaranya Grand Bell Awards dan Korean Film Awards.

 Filem yang dibintangi oleh pelakon popular Kim Yoon-Seok, Ha Joong-woo, Seo Young-hee dan Kim Yoo-jung ini sememangnya mengerikan dan mendebarkan.

THE CHASER juga telah dibuat semula (remake) dalam versi Hindi . Sebuah filem lakonan Emraan Hashmi dan Jacqueline Fernandez bertajuk MURDER 2. 

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

THE CHASER

Seorang bekas polis yang kini menjadi bapa ayam, menjalankan bisnes pelacuran.

Pada suatu malam, bapa ayam bernama Joong-ho (Kim Yoon-Seok) itu mengarahkan Mi-Jin (Seo Young-hee)untuk melayan Seorang pelanggan hidung belang.

Joong-ho pada masa yang sama tengah serabut memikirkan 2 orang pelacur bawah jagaannya yang hilang tanpa berita.

Mi-Jin yang kurang sihat meminta untuk cuti pada malam itu, walau bagaimanapun dipaksa Joong-ho.

Keluar lah Mi-jin mengikuti pelanggan yang disangkakan hanyalah hidung belang, gatal dan bernafsu. Tetapi rupanya seorang pembunuh bersiri yang psikosis.

Amat kelam rumah pembunuh psiko itu. Lelaki itu cuba memecahkan kepala Mi-jin dengan tukul dan senjata tajam. Kejam!Mi-jin menggelupur, bertahan dengan sisa-sisa nyawa yang ada.

Sebelum dia sampai ke rumah pembunuh gila itu, dia cuba menghubungi Joong-ho. Tapi sayang, liputan talian amat teruk.

Joong-ho tidak senang duduk, dia menggunakan segala kepakarannya sebagai polis dahulu untuk menjejak Mi-jin dan pelacur-pelacurnya yang hilang.

Joong-ho mula mendapat petunjuk. Sebuah pencarian yang bukannya mudah.

Mampukah Mi-jin bertahan nyawa? Dalam keperitan itu, Mi-jin menyedari bukan dia sahaja mangsa si lelaki psiko ini. Sudah banyak mayat yang disembunyikan. Berlaku juga beberapa siri pembunuhan baru setelah mi Jin ditawan.

Saksikan adegan mengejar pembunuh bersiri yang bukannya calang-calang.

Berdebar, penuh cemas. Penuh misteri. Penuh darah!

THE CHASER wajib tonton!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI