DIINSPIRASI DARI KISAH BENAR (DACHRA) AMALAN SIHIR HITAM DAN KANIBALISME

4.2
(5)

DACHRA..bukan sebarang DALCHA…Mengisahkan sebuah perkampungan manusia yang mengamalkan sihir dan memakan daging manusia…!

AMARAN! FILEM INI BUKAN SAHAJA MENGERIKAN TETAPI JUGA GANAS!

Filem seram dari Tunisia yang berdurasi 113 minit ini diinspirasikan dari peristiwa sebenar ini mengfokuskan tentang sekumpulan penuntut universiti yang pergi ke sebuah perkampungan yang benar-benar tersisih dari dunia luar untuk membongkar misteri menyeramkan yang disembunyikan oleh penduduk kampung tersebut. Mereka percaya penduduk kampung disitu mengamalkan sihir, kanibalisme dan membunuh kanak-kanak.

Filem ini juga mungkin bukan untuk semua, kerana ia membawakan kita konsep seperti found footage but in solid way la! Bukan yang akan buat kepala anda pening lalat nak ikut pergerakan kamera ?, and jalan cerita dia ada sedikit sentuhan seperti “Blair Witch Project”. Yang pasti, Dachra memaparkan mood yang penuh rencah dari segi latarbelakang, atmosphere, visual dan sound effectnya! Mungkin sesetengah dari anda akan mula merasa resah pada klimaks filem ini (try tonton waktu malam gelap) YANG PENTING SIS SUKA CERITA-CERITA SEDEMIKIAN!?

Penyelidikan di kampung misteri tersebut bermula apabila Yasmine dan rakan sekuliahnya Bilel perlu melaksanakan satu projek yang ditugaskan oleh professor mereka, tetapi kerana kekurangan idea dan bahan, seorang lagi rakan mereka Walid mencadangkan sejenis projek yang agak ekstrem yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana penuntut sebelum ini.

Walid membuka topik dengan menceritakan 25 tahun dahulu ada seorang wanita yang hidupnya diasingkan, Mongia yang telah ditemui dalam keadaan tiada seurat benang (bogel) dan dipotong kemaluannya dua dekad lalu kerana dituduh mengamalkan ilmu hitam dan sihir. Namun entah bagaimana Mongia masih hidup ketika ditemui walaupun kerongkongnya dikelar kemudian dibawa ke rumah sakit jiwa.

Jadi apa lagi, mestilah Yasmine dan Bilel rasa teruja walaupun pada mulanya Bilel ada rasa was-was sikit. Akhirnya mereka semua bersetuju meneruskan projek tersebut. Walid yang tahu selok belok jalan ke rumah sakit jiwa tersebut terus membawa Yasmin dan Bilel.

Mereka kemudian pergi ke rumah sakit jiwa tersebut untuk mewawancara dan membuat rakaman terhadap Mongia, namun kerana peraturan ketat rumah sakit jiwa tersebut membuatkan mereka terpaksa mencari sumber luar lain. Maka dari sini lah bermula perjalanan mereka ke Dachra, sebuah perkampungan dekat pegunungan di Tunisia yang penuh dengan kisah seram.

Ketika berada di sekitar luar perkampungan itu, mereka cuba bertanyakan tempat itu dengan warga yang lalu lalang di tepi jalanan, tiada seorang pun yang berani berkata-kata dan mereka ditinggalkan begitu sahaja tanpa hala tuju dan jawapan yang diperlukan.

Dah buntu tak tahu nak pergi mana lagi, mereka pun redah juga hutan-hutan yang berada di depan mereka dengan harapan mereka akan jumpa la kampung Dachra itu.

Tapi apa yang mereka tidak ketahui adalah, mereka telah menjejakkan kaki ke satu lembah yang dipenuhi dengan kanibalisme!

Nak tahu apa yang jadi setelah itu? Dan misteri apa yang bakal mereka temui disana? Sis sarankan anda tonton untuk dapatkan jawapannya sendiri. Yang pasti di hujung cerita akan ada 1 twist yang anda tidak akan dapat teka!

7/10⭐⭐⭐

 

TRAILER

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.2 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI