Borderlands Tiru Guardians Of The Galaxy?

0
(0)

Siri game terkenal Borderlands baru sahaja meluncurkan trailer pertamanya. Dari trailer kelihatan seperti ada feel kepada sebuah filem dari MCU.

 

Sukar untuk menentukan jenis nada yang ingin ditonjolkan oleh Lionsgate dengan adaptasi Borderlands baharunya daripada pengarah Eli Roth, tetapi jika dilihat dari trailer pertama filem ini nampaknya mereka cuba memberikan suasana seakan filem Guardians of the Galaxy.

 

 

Berdasarkan dari siri game dengan nama yang sama, Borderlands mengisahkan tentang penjahat alien Lilith (Cate Blanchett), seorang wanita dikehendaki dari planet Pandora yang kembali ke dunia asalnya untuk mencari peti besi mitos yang dikhabarkan penuh dengan khazanah yang tidak ternilai.

 

 

Walaupun Lilith tahu selok belok fi Pandora, dia juga tahu bahawa cara terbaikuntuk dia mencari peti besi ialah pergi memburu secara berpasukan.

 

Pasukan yang dibentuk terdiri dari tentera upahan Roland (Kevin Hart), saintis gila Dr. Tannis (Jamie Lee Curtis), pemusnah Tiny Tina (Ariana Greenblatt), bodyguard Tiny Tina bernama Krieg (Florian Munteanu), dan robot Claptrap (Jack Black).

 

 

Walaupun tidak sempurna dan pelbagai ragam, namun mereka semuanya membentuk sebuah skuad yang cukup kukuh untuk dibawa oleh Lilith dalam usahanya untuk mencapai matlamat.

 

Penggunaan lagu Electric Light Orchestra “Do Ya” dalam trailer filem ini ketika Lilith dan krewnya melayari skrin menjadikan seolah-olah Lionsgate sedang memberikan Borderlands perasaan yang sama seperti filem Marvel, Guardians ofthe Galaxy.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI