SERAM MISTIK INDONESIA (TEMBANG LINGSIR 2019)

3.8
(5)

“Jika saatnya tiba kelak, nyanyikan LINGSIR WENGI.”

TAHUKAH ANDA?

Menurut MITOS JAWA, lagu LINGSIR WENGI dipercayai berupaya untuk menyeru JIN, SYAITAN dan ROH GENTAYANGAN. Ada juga yang percaya lagu ini mampu untuk menyeru kehadiran KUNTILANAK. Namun kalau diselidik fakta disebalik kisah dan lagu ini sebenarnya ia digunakan sebagai mengusir ROH-ROH JAHAT dan melindungi diri daripada gangguan MAKHLUK HALUS dan ILMU HITAM dan lagu ini dicipta oleh Sunan Kalijaga.

Di dalam kisah filem yang diarahkan oleh Rizal Mantovani dan penulis Andhika Lazuardi ini, di mana lagu LINGSIR WENGI ini dilantunkan untuk mengusir kuasa mistik dan roh-roh jahat yang menganggu dan mengancam nyawa manusia.

PLOT

Filem dimulakan dengan babak di mana seorang wanita bernama Nawang (lakonan Erlyn) sedang bermain gamelan sambil menyanyikan sebuah lagu yang kurang jelas dan kurang difahami oleh min apa lirik dan maksudnya, dalam suara yang terketar-ketar sambil menitiskan air mata itu tiba-tiba suasana di rumah itu berubah menjadi menyeramkan apabila munculnya akar-akar pokok kayu cuba untuk menjalar masuk dengan rakusnya. Kemudian tiba-tiba tangan dan jari jemari Nawang menjadi kejang dan tidak mampu untuk meneruskan bermain gamelan itu.

Disaat genting itu, anak perempuannya Mala (lakonan Marsha Aruan) berlari keluar dari bilik dan kebingungan tatkala melihat keadaan ibunya. Tiba-tiba akar-akar tadi muncul, menjalar, melilit dan menarik kaki Mala. Tanpa berlengah, Nawang segera mencapai lampu lilin dan melontarkan ia ke arah akar-akar yang sedang menarik Mala. Akhirnya Mala dapat diselamatkan, namun Nawang tahu peristiwa ngeri itu tidak akan tamat di situ sahaja.

Demi menyelamatkan anak perempuannya, Nawang mengorbankan dirinya kepada akar-akar yang sedang terbakar tadi tapi sebelum itu Nawang sempat berbisik dan berpesan kepada Mala:” Jika saatnya tiba kelak, nyanyikan Lingsir Wengi. Tembang ini yang akan menyelamatkan nyawamu.”

Setelah kejadian sadis yang meragut nyawa ibunya Mala dan rumah mereka juga terbakar habis, Mala kini dibawah jagaan pakciknya, Om Gatot (lakonan Teuku Rifnu Wikana). Di rumah pakciknya, ada juga ahli keluarga lain yang tinggal bersama iaitu isteri pakciknya, Tante Gladys (lakonan Meisya Siregar), dua orang anaknya Daisy (lakonan Aisyah Aqila) dan Rhonald (lakonan Farras Fatik) serta orang gaji Bibik Rahma (lakonan Ida Zein).

Oleh kerana Mala masih dalam keadaan “SHOCK” dan mengakibatkan dia tidak dapat berkata-kata, Mala perlu menulis di atas papan kecil yang digantung di lehernya itu untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Kehadiran Mala di rumah itu sebenarnya tidak disukai oleh Bibik Rahma dan anak sulung Om Gatot iaitu Daisy, kerana bagi mereka Mala ini adalah “FREAK” atau berperangai pelik dan menakutkan.

Malam pertama Mala di rumah itu, Mala mula mengalami kejadian aneh dan penampakan entiti telah menghantui dan menakutkan Mala.

FILEM SERAM VIETNAM

Yang menakutkan, ia tidak berlaku sekali sahaja. Hampir setiap hari Mala dihantui dan didatangi entiti yang sangat menyeramkan itu.

Bibik Rahma yang seolah-olah mengetahui sesuatu mula mengesyaki yang Mala membawa aura buruk kepada keluarga Om Gatot dan memberi amaran kepada Om Gatot.

Apakah yang terjadi seterusnya? Itu anda perlu cari dan saksikan sendiri filem ini ya.

REVIEW RINGKAS

Secara keseluruhannya, plot penceritaan filem ini agak menghiburkan dan beberapa babak seramnya berjaya mencetuskan beberapa saat “Jumpscares” yang pasti membuatkan orang sebelah anda terkejut dengan jeritan anda. Walaupun bagi Min jalan cerita filem ini ada sedikit kekurangan dan kurang menyengat namun ia dapat ditutup dengan persembahan yang memuaskan dari semua pelakonnya. Dari babak akhir filem ini nanti kita juga akan dapat menyimpulkan bahawa filem ini sebenarnya cuba menyampaikan mesej yang kita perlu bersyukur seadanya, jangan bersikap materialistik, kebahagiaan itu bukanlah dinilai dari harta kebendaan.

7⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10 dari Min.

BERITA BAIK!

Kini anda boleh tonton filem ini secara PERCUMA di aplikasi YOUTUBE. Taip sahaja tajuk penuhnya “TEMBANG LINGSIR FULL MOVIE”, pasti jumpa.

Sebelum itu jom kita berhibur dengan trailernya yang boleh buat kita meremang!

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 3.8 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI