HAN GONG JU (2013) – THE CASE OF MIRYANG GANG RAPE

5
(3)

DIADAPTASI DARI KISAH SEBENAR DI KOREA SELATAN!!

HAN GONG JU (2013) adalah sebuah filem Korea Selatan yang diadaptasi dari kisah sebenar yang kejam berlaku di Korea Selatan pada tahun 2004..’THE MIRYANG GANG RAPE’ merupakan kisah dimana pelajar sekolah di Miryang yang menjadi mangsa rogol seramai 41 orang lelaki yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah & tinggi..

SINOPSIS :

Filem HAN GONG JU ini dimulakan dengan Han Gong Ju (Chun Woo Hee) dipindahkan dari sekolah lamanya dan dibawa ke sebuah rumah yang dimiliki oleh ibu kepada bekas cikgu sekolahnya..Gong Ju ditinggalkan disitu bersama ibunya untuk mengelakkan dirinya diganggu ketika kesnya masih didalam penyiasatan pihak berkuasa..

Ibunya tidak mengetahui apa punca sebenar kenapa anaknya tinggalkan bekas pelajarnya dirumah tersebut sehingga rahsia sebenar terbongkar kemudiannya..

Han Gong Ju terpaksa berpindah sekolah apabila Gong Ju kerap diganggu ibubapa pelajar-pelajar lelaki yang telah merogol Gong Ju dan rakan Gong Ju, Hwa Ok..

Hwa Ok telah membunuh dirinya sendiri akibat kejadian tersebut menyebabkan hanya Gong Ju yang disiasat dan diserang oleh ibu bapa suspek- suspek tersebut..

Gong Ju memulakan kehidupan barunya dengan tinggal buat sementara waktu bersama ibu kepada guru sekolah lamanya, Lee Nan Do (Jo Dae Hee) sehingga kesnya selesai..

Disekolah yang baru juga Gong Ju berkawan dengan Eun Hee (Jung In Sung) sekaligus membuatkan Gong Ju mengingati semula kejadian yang berlaku terhadap dirinya dan Hwa Ok (Kim So Young) sebelum kejadian buruk tersebut diketahui oleh sekolah dan Eun Hee..

Gong Ju bekerja disebuah kedai serbaneka milik bapa sahabatnya, Dong Yoon (Choi Yong Jun)…Keakraban mereka bertukar menjadi mimpi buruk apabila Dong Yoon membawa rakan-rakan sekolah beliau ke rumah Gong Ju..

Gong Ju cuba menghalau mereka keluar dari rumah malangnya kesemua pelajar terbabit tidak memberikan kerjasama termasuk Dong Yoon yang kemudiannya memberikan minuman kepada Gong Ju yang dicampurkan dengan dadah dengan alasan jika Gong Ju menghabiskan minuman tersebut, mereka bersetuju untuk keluar dari rumah Gong Ju..

Tetapi sebaliknya pulak yang berlaku terhadap Gong Ju dan Hwa Ok dimana mereka berdua dirogol bergilir-gilir tanpa sedar..Lebih menyayat hati apabila kejadian tersebut dirakam menyebabkan Hwa Ok bertindak dengan membunuh dirinya sendiri selepas itu..

Apakah yang berlaku seterusnya korang boleh saksikan sendiri filem ini secara penuh di YOUTUBE..

Filem ini cukup menyayat hati bagi Min..Sedih tengok nasib Gong Ju yang menanggung malu, disisihkan keluarga dan dipandang hina oleh masyarakat sekelilingnya yang seolah meletakkan kejadian tersebut adalah salah dirinya…

Saksikan trailer HAN GONG JU dibawah :

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!