Sanjay Dutt Melawan Kanser Tahap 4

0
(0)

Siapa sangka pelakon lagenda Bollywood Sanjay Dutt pernah didiagnos menghidap kanser paru-paru tahap 4 pada tahun 2020 sewaktu dunia sedang berperang dengan wabak Covid-19. Sanjay Dutt baru-baru ini menggegarkan dunia perfileman dengan aura kehebatannya apabila dia muncul membawa watak antagonis Adheera dalam filem sekuel filem Kannada K.G.F: Chapter 2. Ternyata persembahan aktor itu dalam sekuel filem tersebut sangat luar biasa hebat!

 

 

Sanjay Dutt menceritakan pengalaman pertamanya apabila dia mendapat tahu bahawa dia menghidap kanser paru-paru tahap 4. Pelakon itu menyatakan bahawa dia menangis selama berjam-jam lamanya kerana terlalu sedih dengan berita yang disampaikan oleh saudara perempuannya iaitu Priya Dutt. Dia menangis sebak kerana memikirkan nasib keluarga serta hidupnya. 

 

Sanjay Dutt didiagnos dengan penyakit kanser paru-paru tahap 4 pada bulan Ogos tahun 2020. Memetik kata-katanya semasa diwawancara oleh selebriti YouTube iaitu Ranveer Allahbadia,Sanjay menyatakan, “hari itu adalah hari biasa pada musim lockdown. Saya berjalan beberapa langkah namun dada terasa sesak dan saya sukar untuk bernafas. Saya pergi mandi, seterusnya langsung tidak boleh bernafas. Saya tidak tahu apa yang terjadi dan terus berhubung dengan doktor saya. Laporan x-ray menunjukkan lebih separuh dari paru-paru saya dipenuhi air. Pasukan perubatan terpaksa mengeluarkan air tersebut. Mereka beranggapan saya menghidap TB, tapi sebaliknya ianya adalah kanser.”



Menurut pelakon berkenaan, dia mula sedar bahawa dia tidak boleh berterusan menjadi lemah. Jadi demi anak-anak, isteri dan kehidupannya sendiri, pelakon ini telah bangkit melawan penyakitnya. Doktor telah memaklumkan kepadanya tentang kesan rawatan kimoterapi, Sanjay Dutt tetap melakukan rawatan tersebut tanpa gagal kerana semangatnya untuk pulih membuak-buak. 

 

Selain sanjay Dutt, beberapa pelakon India lain turut bertarung nyawa dengan penyakit kanser antaranya adalah Manisha Koirala, Sonali Bendre dan juga Mahima Chaudry. 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI