FILEM SERAM PSIKO VIETNAM “THE GUARDIAN (2021)”

4.9
(7)

“THE GUARDIAN (2021)” sebuah filem Vietnam gabungan genre “HORROR, PSYCHOLOGICAL dan THRILLER” telah ditayangkan di NETFLIX pada 16 Disember.

Filem yang dikategorikan sebagai 18+ ini mengfokuskan tentang ketaksuban seseorang dengan menggunakan sihir voodoo yang dipanggil Kumanthong (anak patung hantu Thai) untuk mencapai kemasyhuran dan kekayaan.

 

Filem yang telah ditayangkan di Vietnam pada 30 April terdahulu dikatakan akan ditayangkan di Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Australia, Amerika, Kanada, UK dan negara-negara lain. Ia sebuah filem seram Vietnam yang diarahkan oleh Victor Vu, menampilkan beberapa pelakon seperti Tran Huyen My, Nguyen Truc Anh, Hoan Kim Ngan, Huynh Samuel An.

RINGKASAN FILEM

Filem dimulakan dengan babak seorang wanita yang bernama Phuong membunuh dirinya bersama patung Kumanthong nya di dalam tub mandi. Yang kemudian kematiannya dikaitkan dengan satu video seks yang viral di social media. Phuong merupakan seorang penyanyi yang popular dan menjadi idola kepada setiap peminatnya.

Di babak lain, Ly yang merupakan penyanyi latar kepada Phuong berasa cemburu dengan apa yang pernah dimiliki oleh Phuong telah menggunakan patung Kumanthong sebagai “PENJAGA” nya untuk mendapatkan kemasyhuran dan cinta tanpa memikirkan akibat buruknya. Patung Kumanthong yang dimilikinya diberi nama “Baby Na”.

Sejak dia memiliki “Baby Na”, tuah Ly datang mencurah-curah dan dia semakin terkenal. Namun hanya ada satu lagi yang dia belum benar-benar dapat miliki, iaitu cinta dari Khand yang merupakan tunang kepada Phuong.

Kali ini dia memohon kepada “Baby Na” agar dia dapat meraih cinta Khand yang mana akhirnya cintanya berbalas namun ada sesuatu yang Ly tidak ketahui adalah Khand mempunyai agenda dan rahsianya sendiri.

Untuk mengetahui kisah penuh filem ini, pastikan saksikan filem ini di aplikasi Netflix.

Jom layan Trailer nya di sini

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.9 / 5. KIRAAN BINTANG 7

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI