SHAMITABH (2015) – GABUNGAN DHANUSH & AMITABH BACHCHAN

5
(7)

SHAMITABH adalah filem Hindi kedua lakonan Dhanush selepas Raanjhanaa. Filem ini juga memperkenalkan buat kali pertama kemunculan Akshara Haasan (anak kepada Kamal Haasan dan merupakan adik kepada Shruti Haasan). Pastinya perkara paling menguntungkan buat Danush dan Akshara adalah peluang untuk bergandingan dengan lagenda Bollywood iaitu Amitabh Bachchan.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

Filem ini mengisahkan tentang seorang jejaka bisu bernama Danish (Dhanush) yang bercita-cita mahu menjadi pelakon Bollywood. Sayangnya walau Danish sangat berbakat dalam dunia lakonan, tetapi keadaan dirinya yang bisu tidak boleh bercakap itu membuatkan dia tidak diterima untuk berlakon.

 

Dengan bantuan seorang gadis, Danish berjaya membuat pembedahan untuk memasukkan cip ke dalam kotak suara Danish supaya dia boleh bercakap melalui teknologi pindah suara’. Setelah selesai pembedahan, mereka perlu mencari penderma suara supaya suara tersebut boleh digunakan oleh Danish sewaktu berlakon. Akhirnya mereka menemui seorang lelaki tua bernama Amitabh (Amitabh Bachchan) yang sudi menyumbangkan suaranya. Amitabh akan bercakap untuk Danish setiap Kali jejaka itu melontarkan dialog.

Filem yang cukup menghiburkan. Konflik antara Danish dan Amitabh membuatkan plot filem bertambah menarik. Gembira, sedih, berpisah,bersatu dan tragedi. Pastinya sebuah naskah yang berbaloi untuk ditonton!

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 7

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI