Pelakon Jeremy Renner Berada Dalam Keadaan Kritikal

5
(5)

Terkini dikhabarkan bintang Marvel yang terkenal dengan peranannya sebagai Hawkeye, Jeremy Renner sedang dalam keadaan ‘kritikal’ akibat kemalangan ngeri ketika sedang bersendirian membajak salji di luar rumahnya di Lake Tahoe.

Jeremy yang baru berusia 51 tahun itu telah dibawa ke hospital pada hari Ahad baru-baru ini selepas polis dihubungi untuk bergegas ke rumah agam Jeremy di Lake Tahoe di pergunungan Sierra Nevada berhampiran Mt. Rose-Ski Tahoe di Washoe County.

Bagaimanapun, Jeremy kini dilaporkan dalam keadaan stabil di hospital disamping keluarganya dan dia menerima rawatan yang terbaik.

Penyebab utama kemalangan berlaku masih tidak dapat dijelaskan dengan terperinci tetapi polis menyifatkan ia sebagai insiden yang melibatkan bencana akibat cuaca memandangkan telah berlaku ribut musim sejuk yang teruk di kawasan itu.

Letupan Artik mencetuskan angin kencang dan salji itu hampir tidak pernah berlaku sebelum ini telah menyebabkan beberapa penduduk terperangkap di dalam rumah mereka dan juga telah menyebabkan 35 ribu orang terputus bekalan elektrik termasuk puluhan ribu rumah dan permis perniagaan.

Pada 13 Disember, Renner telah tweet sekeping gambar kereta yang tertimbus dengan salji dengan kapsyen berbunyi “Lake Tahoe Snow Is No Joke.”

Sebagai peminat, kita juga turut merasa simpati dan berharap bintang pujaan Marvel ini segera sembuh.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI