THE QUIET FAMILY(1998)-KELUARGA PEMBUNUH BERSIRI

5
(4)

THE QUIET FAMILY sebuah filem komedi gelap dan thriller dari Korea Selatan yang dikeluarkan pada tahun 1998.

Filem penuh komedi dan misteri ini diarahkan oleh pengarah tersohor Kim Jee-woon yang telah menghasilkan karya-karya hebat seperti I Saw The Devil,  The Age of Shadows dan A Bittersweet Life.

Pastinya tarikan utama buat filem ini adalah pelakon-pelakonnya iaitu bintang terkenal seperti Choi Min-Sik dan Park In-Hwan.

Filem ini berkisar tentang sebuah keluarga yang memiliki sebuah pusat penginapan di kaki gunung,nasib mereka sungguh malang apabila setiap kali ada tetamu yang menginap di tempat mereka,tetamu itu pasti akhirnya menemui ajal.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

Sebuah keluarga berpindah dari kota raya ke sebuah kaki gunung terpencil. Mereka membeli sebuah rumah besar, dan membuat sebahagian dari rumah itu sebagai rumah tumpangan buat para pendaki.

Rumah tumpangan mereka tidak mendapat perhatian, kurang menerima kunjungan para pendaki.

Akhirnya muncullah tetamu pertama rumah tumpangan mereka. Lelaki itu ditemui mati di dalam bilik keesokannya.

Runsing memikirkan jika perkara itu dilapor kepada polis, maka tiada lagi pengunjung di rumah tumpangan tersebut, mereka membuat keputusan untuk menyembunyikan mayat itu. Mayat tersebut ditanam di dalam hutan.

Selepas kejadian itu, mereka menerima pengunjung lain, tapi malangnya setiap pengunjung yang menginap di situ pasti akan menemui kematian.

Kini sudah banyak mayat mereka tanam.

Sampai bilakah perkara ini boleh disembunyikan?
Polis juga sudah mula menyiasat laporan orang hilang.

Filem ni sangat berbaloi ditonton buat mereka yang menyukai sensasi thriller dan suspens.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI