KISAH PENGANIAYAAN WANITA “BEDEVILLED (2010)”

5
(4)

Anaknya dirogol oleh suaminya sendiri, si Ibu mula merancang pembalasan dendam!”

Watak Kim Bok-nam (Seo Young-hee) adalah fokus utama dalam filem ini dimana dia merupakan seorang isteri dan ibu yang terpaksa memikul segala bebanan kerja dan tanggungjawab keluarganya berseorangan tanpa dibantu oleh sesiapa pun termasuklah suaminya yang tidak berguna itu!

Sejak kecil Bok-nam dibesarkan di sebuah kampung yang terpencil di Pulau Mudo, sebuah pulau kecil yang jauh dari dunia luar. Tidak pernah sekalipun dia keluar dari pulau itu kerana di kampungnya, wanita dianggap golongan yang rendah maruahnyan dan ini membuatkan kaum lelaki memegang kuasa mutlak di kalangan mereka. Ini terbukti apabila berlakunya beberapa kes gangguan seksual termasuk tindakan kekerasan dan penindasan dari segi fizikal dan mental ditambah dengan sang suami yang suka melanggan pelacur.

Memburukkan lagi keadaan, apabila satu-satu anak perempuannya Yeon-hee yang masih kecil itu dirogol oleh suaminya! Bukan sekali ya sekalian! Entah telah berapa kali diperlakukan sedemikian! Dan akhirnya anaknya mati akibat perlakuan kekerasan si suami!

Betapa hancurnya hati si Ibu anaknya mati terkulai tidak akan sedarkan diri lagi selama-lamanya. Apabila si ibu cuba mendapatkan keadilan, namun tidak memihak kepadanya. Malah Bok-nam dipersalahkan! Masyarakat sekitar yang terdiri daripada orang-orang tua pun tidak mengendahkan nasib Bok-nam dan anaknya Yeon-hee. Bagi mereka perbuatan dan kejadian yang menimpa dirinya adalah perkara lumrah yang biasa berlaku. WHAT THE HECK!! (Min sangat beremosi ketika ini, terasa hendak rejam sahaja lelaki tak guna itu!)

Selama hampir 2 jam, kita akan diajak menelusuri perlakuan kejam dan ketidakadilan yang menimpa Bok-nam. Namun pada permulaan filem kita akan diperkenalkan dengan salah satu watak utamanya iaitu Hae-won (Ji Seong-won) yang merupakan sahabat masa kecil Bok-nam yang hidup di bandar dan mempunyai kerjaya namun hidupnya tidaklah seindah mana kerana jiwanya berkecamuk entah mengapa dan ketika itulah Hae-won mengambil keputusan untuk bercuti dan kembali ke desa kelahirannya dulu.

Bermula dari sinilah, klimaks plot filem ini bermula dan memberikan kita gambaran sedikit demi sedikit betapa buruknya sikap Hae-won ini sebenarnya dan betapa kasihan dan menyedihkan kehidupan Bok-nam sehingga ke babak-babak pembalasan dendam yang benar-benar akan membuatkan kita terasa puas hati sangat! Balasan yang cukup setimpal untuk semua pelakunya!

SEMEMANGNYA FILEM INI CUKUP LAYAK DIHARGAI SEBAGAI FILEM BERGENRE PSYCHOLOGY THRILLER!

SEMESTINYA SALAH SATU FILEM TERBAIK YANG KOREA SELATAN PERNAH HASILKAN!

Dan sebagai penonton, filem ini juga akan membuatkan kita tertanya-tanya dimanakah nilai kemanusiaan di jiwa para pelakunya sehingga sanggup memperlakukan ahli keluarga sendiri seperti binatang dan nyawa yang tiada nilainya! Adakah akan ada seseorang yang mampu menolong kita ketika kita dalam kesusahan dan adakah kita akan melakukan sesuatu ketika menyaksikan orang lain dalam kesusahan? Semua ini pasti menjadi tanda tanya yang cukup mendalam untuk kita renung-renungkan.

Dan hampir setiap plot pertengahan hingga akhir filem kita disajikan dengan drama yang penuh dramatik dan deretan kisah yang sadis, brutal serta pertumpahan darah yang cukup memberi kesan kepada jiwa kita. Apa yang cuba disampaikan di sini adalah kekadang membalas dendam adalah satu-satunya jalan penyelesaian tatkala pilihan lain demi menegakkan keadilan untuk diri sendiri. Cukup jelas jadikan kes Bok-nam ini sebagai satu contoh di mana dia memilih kekerasan sebagai jalan untuk keluar dari kepompong Iblis itu!

Dan min sangat berpuas hati dengan pengakhiran cerita ini walaupun babak-babak akhir itu cukup menyedihkan. Kalaulah ini adalah berdasarkan kisah benar, min sangat berharap Bok-nam berjaya meniti hari-hari gelapnya dan menjalani kehidupan yang selayaknya bagi seorang kaum wanita! Dan filem ini mengakhiri kisahnya dengan sempurna sekali dan diselit dengan beberapa pengajaran.

Filem ini anda boleh tonton di YouTube juga.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI