KANDISHA (2020)

0
(0)

Adakah anda terasa hendak membalas dendam dengan sang kekasih yang membuat anda sakit hati? Seru saja “Aicha Kandisha–Morjana”, maka ia akan muncul membantu anda membalas dendam (Gurauan saja! Jangan ditiru nanti benar-benar terjadi!)

KANDISHA merupakan URBAN LEGEND dari negara Morocco. Dia adalah seorang wanita yang telah kematian suami ketika berperang dengan penjajah. Kerana dendam, dia menggunakan kecantikannya untuk membalas dendam terhadap penjajah-penjajah yang membunuh suaminya. Namun sebelum dia sempat membunuh kesemua musuhnya, Kandisha telah ditangkap dan dibunuh dengan brutal.

Mengikut lagenda, Kandisha sempat membuat perjanjian dengan syaitan agar rohnya boleh bangkit semula untuk meneruskan dendam kesumatnya yang belum selesai. Cara menyeru dia adalah melukis bentuk pentagram (lambang bintang) dan Kandisha akan muncul dalam bentuk lembaga yang sangat menyeramkan. Dan yang menariknya, Kandisha hanya akan membunuh kaum Adam sahaja! Jadi, mana-mana gadis atau wanita yang menyerunya, dia pasti akan muncul dan membalas dendam untuk pihak yang menyerunya.

 

Dalam filem ini, ia mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Amélie yang dipukul hingga pengsan dan hampir dirogol oleh bekas kekasihnya setelah Amelie menolak untuk kembali ke pangkuannya. Disebabkan rasa amarah Amelie terhadap perlakuan bekas kekasihnya itu, Amélie telah menyeru KANDISHA dengan melukis bentuk pentagram di dinding bilik airnya sambil menyebut nama ‘AICHA KANDISHA’ beberapa kali sehinggalah ia muncul.

Adakah Kandisha benar-benar hanya akan membunuh lelaki yang kita berdendam sahaja? Jalan ceritanya sangat menarik dan agak “disturbing” untuk beberapa babak dalam filem ini terutamanya apabila Kandisha muncul dan melaksanakan “kerjanya”. Sungguh ngeri cara dia membunuh mangsanya. Nampak sangat realistik! Senang kata, semua kesan visual yang ditampilkan dalam filem ini memang A-Class dan soundtrack dia pun “best”!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI