DAHMER 2002

5
(1)

TITLE: DAHMER (2002)

Release Date : June 2002

Genre: Horror, Thriller, Crime

Dahmer adalah sebuah filem biografi jenayah sebenar tentang kehidupan awal seorang pembunuh bersiri di amerika iaitu Jeffrey Dahmer. Filem yang dikeluarkan pada tahun 2002 ini adalah arahan daripada pengarah David Jacob.

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan awal Jeffrey Dahmer, lakonan Jeremy Renner. Pada permulaan filem penonton di paparkan kehidupan Jeffrey yang juga normal seperti orang lain. Dia bekerja di sebuah kilang coklat disekitar Wisconsin, dia juga dilihat sebagai seorang yang pemalu di tempat kerjanya.

Semasa Jeffrey sedang mmbeli belah, dia ternampak seorang lelaki yang sedang mencuba kasut. Jeffrey menawarkan untuk membelikan kasut itu kepada lelaki tersebut tetapi lelaki tersebut menolak kerana tiada apa yang percuma didalam dunia. Jeffrey telah berterus terang pada lelaki tersebut, dia ingin mengambil gambar lelaki itu dirumahnya. Lelaki itu bersetuju dengan perminntaan Jeffrey.

Dirumah Jeffrey, lelaki tersebut telah diberika minuman yang bercampur dengan dadah oleh Jeffrey. selepas minum lelaki tersebut terasa sangat mengantuk dan tidak sedarkan diri. Jeffrey mengambil gambar lelaki itu tanpa pakaian dan Jeffrey telah mer*g*l lelaki tersebut.

Selepas selesai urusannya, Jeffrey telah mngambil gerudi dan cuba kepala lelaki tersebut. Sedikit sahaja yang terluka dan dia berhenti. Lelaki tersebut dimasukkan di sebuah bilik dimana bilik tersebut mempunyai ada lagi satu mayat seorang lelaki.

Keesokan harinya, Jeffrey telah pergi kerja seperti tiada ap-apa yang telah berlaku dirumahnya. Dia melakukan tugasnya seperti biasa. Selepas pulang kerumah, nenek Jeffrey menelefon. Dia meminta bantuannya untuk menangkap seekor burung yang sesat didalam rumahnya.

Semasa dirumah neneknya Jeffrey berjaya menangkap burung itu dia memasukkan burung itu didalam sebuah kotak kayu milik neneknya. Tiba – tiba dia teringat masa lalunya ketika dia masih lagi duduk bersama neneknya.

Dirumah bapanya telah menangkap dia mempunyai sebuah patung mannequin lelaki tanpa kepala. Jeffrey memberikan alasan kepada bapanya bahawa itu hanya sebuah usikan bersama rakan-rakannya. dia mengambil patung itu disebuah kedai. Di sebabkan bapa Jeffrey seorang lelaki yang alim dia meminta jeffrey memulangkan semula patung tersebut dikedai. Semasa Jeffrey mengangkat patung tersebut bapanya melihat sebuah kotak kayu lama miliknya. Kotak tersebut terkunci dengan marah ayah Jeffrey meminta Jeffrey membuka kotak tersebut kerana ada bahagian tersembunyi yang orang lain tidak tahu. Jeffrey cuba bertenang dan meminta bapanya keluar dahulu. Rupa-rupanya Jeffrey telah menyimpan sebuah kepala manusia didalam kotak tersebut. Dan dia menyembunyikannya.

Selepas selesai membantu neneknya menghalau burung sesat, lelaki yang Jeffrey culik sebelum ini telah terlepas dari rumahnya. Lelaki tersebut dijumpai oleh dua pejalan kaki wanita. Mereka cuba membntu lelaki tersebut tetapi malangnya Jeffrey menyatakan itu adalah kawannya yang mabuk. Walaupun 2 wanita itu berkeras untuk menyelamatkan lelaki tersebut polis lebih mempercayai Jeffrey daripada 2 wanita tersebut. Selepas selesai polis menyiasat dirumah Jeffrey, lelaki tersebut hampir sahaja dibunuh oleh Jeffrey.

Jeffrey yang baru sahaja pulang dari kerja telah singgah sebuah kedai menjual pisau. Disitu dia brkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Rodney. Jeffrey mengajak Rodney kerumahnya untuk minum dan Rodney bersetuju. Didalam perjalan kerumah Jeffrey, Rodney mengajak Jeffrey singgah disebuah gay bar. Di hadapan bar itu Jefrrey teringat dimana pada pertama kalinya dia menjadi seorang pemangsa R*G*L di bar tersebut. Operasinya mudah dengan memberikan air yang dicampur dengan dadah mangsanya yang tidak sedarkan diri akan di R*G*L kesemua mangsa Jeffrey disitu adalah lelaki. Beberapa orang lelaki telah menjadi mangsanya sehinggalah perbuatan Jeffrey telah ditanggkap oleh pengusaha bar tersebut.

Berbalik semula kepada Jeffrey yang sedang menunnggu Rodney diluar bar. Rodney cepat-cepat keluar semula apabila Jeffrey enggan masuk ke bar tersebut. Merek meneruskan rancangan untuk terus kerumah Jeffrey.

Dirumah Jeffrey, Rodney berhibur sehingga mabuk, dan cuba menggoda Jeffrey. Malangnya Jeffrey tidak melayan kehendak Rodney. Setelah duduk beberappa lama Rodney ingin pulang, tetapi dihalang oleh Jeffrey dengan kasar. Tetapi Rodney melawan dengan mengacukan pisau yang baru sahaja Jeffrey beli dikedai sepupu Rodney.

Setelah berapa ketika Rodney kembali kerumah Jeffrey, kerana tiada servis pengangkutan awam yang berjalan pada awal pagi. Rodney mengakui pada Jeffrey bahawa dia sangat tertarik dengan Jeffrey dan sekali lagi dia cuba menggoda Jeffrey. Semasa menggoda Jeffrey dia membuka pintu dimana lelaki yang Jeffrey culik sebelum ini disimpan.

Apakah nasib yng bakal menimpa Rodney? Apakah yang akan berlaku kepada lelaki yang telah Jeffrey culik sebelum ini?

Filem ini mengetengahkan kehidupan awal Jeffrey Dahmer sebagai seorang pembunuh bersiri yang kejam. Serami 17 orang telah menjadi mangsa Jeffrey dan kesemua mangsa adalah lelaki. Jeffrey telah membunuh sejak umurnya berusia awal 20-an sehinggalah awal 30-an sebelum aktivitinya terbongkar. Jeffrey telah mati selapas 2 tahun dipenjarakan kerana telah diserang dengan lain dipenjaranya.

Saksikan Dahmer 2002, lakonan mantap Jeremy Renner yang membawa watak seorang pembunuh bersiri. Lakonan hebat Jeremy sangat meninggalkan kesan kepada penonton yang menonton filem ini.

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI