SKINS / PIELES (2017)

3.8
(4)

AMARAN KERAS!!

Hampir keseluruhan filem ini memaparkan bentuk-bentuk fizikal manusia yang tidak sempurna. Ada yang lahir tanpa mata, ada yang mulut di dubur dan dubur di mulut, ada yang kulit wajahnya herot sebelah dan macam-macam lagi rupa. Jadi dinasihatkan anda untuk cuba tidak menontonnya bersama orang lain melainkan orang itu merasa selesa dengan anda. Dan filem ini ada unsur-unsur “sexual” dan “nudity”, jadi ia sangat tidak sesuai untuk tontonan umum.

Apakah itu filem Skins?

SKINS mengisahkan manusia-manusia cacat serta tidak sempurna dari segi bentuk fizikal yang mempunyai satu persamaan iaitu mereka hidup dalam persembunyian, depresi, rasa malu, kesunyian dan jauh dari interaksi sosial bersama masyarakat disekitarnya. Namun mereka tetap cuba untuk menyesuaikan diri mereka dan mencari teman-teman yang boleh menerima segala kekurangan mereka. Perjuangan yang agak memberi inspirasi walaupun kebanyakan adegan-adegan dalam filem ini akan buat anda semua merasa jijik dan geli.

Filem dimulakan dengan babak dimana seorang lelaki pedofil berkunjung ke sebuah rumah pelacuran dan sedang menyaksikan persembahan nyanyian seorang anak gadis, Laura berumur 11 tahun yang dilahirkan tanpa mata dan seorang nenek tua yang berbogel tanpa seurat benang di badannya sedang memainkan Piano mengiringi nyanyian merdu Laura.

Kemudian di babak lain, Samantha seorang wanita yang memiliki dubur di bahagian mulut dan mulutnya pula di bahagian dubur. Bayangkan, makan minum masuk guna bahagian dubur dan berak melalui mulut!! Geshhh!!! Yuckssss dan Wow juga!! Hahahah!! Satu pemandangan yang cukup menyegarkan mata kasar kita ditambah dengan perasaan yang bercampur baur, geli jijik, pelik namun dalam masa yang sama kita akan berasa simpati terhadap Samantha. Zahirnya kelihatan seperti dia baik-baik sahaja, tapi batinnya meronta-ronta penuh amarah, penyesalan dan cuba untuk bangkit dari segala tohmahan dan ejekan dari masyarakat disekitarnya.

Min rasa cukuplah sekadar sini sahaja yang min boleh zahirkan tentang filem ini. Selebihnya anda perlu tonton sendiri jika anda boleh memandang kisah dalam filem ini dari sudut psikologi dan perspektif yang berbeza. Selain adegan-adegan yang tidak masuk akal dan tiada tapis-tapis, kita boleh menilai apa yang cuba disampaikan oleh penulis dan pengarah filem ini. “KEMANUSIAAN” dan “BERSYUKUR” adalah perkataan yang paling sesuai untuk min simpulkan dari filem ini.

Tema warna ungu dan merah jambu yang dipaparkan juga menjadi simbolik kepada filem ini. Tidak dinafikan dari segi sinematografi nya memang sangat indah dan segar, hanya latar belakangnya sahaja ya!! Hahahah jangan disalah erti guys!

Sekarang, adakah anda cukup yakin dan selesa untuk meneruskan menonton filem ini? Nanti dulu, menyesal kemudian tidak berguna ye; apa kata anda layan dulu Trailer nya sebelum buat keputusan untuk menontonnya.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 3.8 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI