BUTAK (2020)

0
(0)

BUTAK

Arahan Sabri Yunus

BUTAK (Izuan Fitri) mengisahkan perjalanan seorang remaja nakal yang tinggal bersama datuk dan neneknya, kerana ibunya telah meninggal dunia ketika menunaikan haji.Semua penduduk kampung sudah tidak tahan dengan kenakalan Butak kerana sudah keterlaluan sehinggakan kawan-kawan meminggirkannya.Jauh dari sudut hati, Butak berhasrat untuk berubah.

Dia mahu ke Mekah untuk bertaubat menjadi anak yang baik dan juga meziarahi kubur ibunya di sana. Oleh kerana sering terdengar tentang kisah pengalaman ibadat haji oleh datuknya, Butak berhajat untuk merasai sendiri pengalaman menaiki kapal dan bersujud di depan Kaabah.

 

Secebis ulasan :

Diadaptasi dari sebuah Novel Buntat, Yahaya Awang. Walaupun cuma permulaan novel saja diadaptasi untuk dijadikan filem, Sabri Yunus berjaya mengarah filem ini dengan menarik.

Filem ini Berlatar belakangkan Tahun 1968 di Daerah Batu Kurau. Loghat dalam filem ini yang unik kerana sekali dengar seperti dialek utara, tiba-tiba macam timur.Saya syorkan untuk baca sarikata supaya lebih faham.

 

Membariskan pelakon-pelakon hebat senior dan junior antaranya Izuan Fitri, Kaza Saisi, Bohari Ibrahim, Imuda, Khatijah Tan, Laila Nasir, Fimie Don, Melly Amalin, Saidi Sabri, Azman Hassan, Fazli Daniel Ali, Adrenna Rose, Omar Hj Abdullah dan Ahmad Nizam Bahari dan juga membuat penampilan khas dalam filem ini Sabri Yunus sebagai Pak Man.

Jalan cerita yang mudah difaham dan ringkas tapi padat dengan mesej tersirat dan tersurat dalam filem ni. Antaranya, jahat macam mana pun jangan tinggalkan solat. Colour grading filem ini sangat cantik, seolah-olah macam kita berada pada zaman tu, zaman pergi haji naik kapal.

Berbaloi ke tonton filem ni?

 

Bagi saya, sangat berbaloi kerana 1jam 30min ni kita disajikan dengan filem yang penuh mesej dan sangat dekat dengan masyarakat.

Dengan filem ini juga dapat mengenal tradisi dan budaya tempatan kita sendiri dan dialek batu kurau tu sangat-sangat la menarik dan baru kepada saya. Sesuai untuk semua lapisan umur.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI