Seram Thai – Long Khong Art of Devil 2 (2005)

5
(8)

Sumpahan Sihir Hitam Yang Membawa kepada Penyeksaan, Pertumpahan Darah dan Kengerian Yang Melampau!

Jika anda peminat filem seram “slasher” digabungkan dengan kepercayaan dan amalan mistik yang menggunakan ilmu hitam sebagai perantaraan untuk membalas dendam terhadap manusia, maka ini adalah filem ini yang paling sesuai untuk tontonan anda.

Filem ini menjanjikan babak-babak yang sangat mengerikan dan “disturbing” di hampir keseluruhan plot ceritanya.

Kisah filem ini mengfokuskan kepada Miss Panor (lakonan Napakpapha Nakprasitte) yang merupakan seorang guru wanita yang muda, cantik dan sangat menarik hingga menjadi perhatian dan igauan setiap lelaki disekelilingnya. Miss Panor juga seorang bekas guru di salah satu sekolah di kampungnya namun dia telah dipecat kerana mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang guru lelaki di sekolah yang sama.

Di babak lain, 6 remaja yang bersahabat dan juga merupakan bekas pelajar Miss Panor satu persatu telah mengalami kejadian yang sangat mengerikan. Salah seorang dari mereka telah dibunuh dan dagingnya dijadikan santapan makan malam oleh Miss Panor.

Kegilaan apakah yang telah merasuk jiwa Miss Panor sehingga dia sanggup melakukan perbuatan keji dan terkutuk terhadap bekas pelajarnya itu? Ternyata Miss Panor telah lama menyimpan dendam kesumat yang sangat membara dan mula melaksanakan rancangan membalas dendamnya.

Agaknya apakah rahsia dan dendam yang Miss Panor sembunyikan? Yang pasti kita akan disajikan dengan pelbagai kejutan demi kejutan yang tidak akan dapat kita lupakan!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 8

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI