Tully 2018

4.8
(4)

Title: Tully

Genre: Drama

Tully mengisahkan kehidupan seorang ibu dan isteri bernama Marlo. Marlo yang dahulunya seorang yang sangat cantik , ceria dan aktif telah berubah 360 selepas berkahwin dengan suaminya Drew. Marlo sedang sarat mengandung anak ketiganya dalam keadaan sarat Marlo menguruskan 2 lagi anaknya iaitu Sarah yang mengalami penyakit autism, manakala anak kedua Marlo iaitu Jonah juga bermasalah dia mempunyai gangguan perkembangan.

 

Walaupun Marlo mempunyai suami, keadaan Marlo dirumah sangat tertekan kerana semua perkerjaan didalam rumah tersebut terletak dibahu Marlo. Marlo yang pernah mengalami “Postpartum depression” semasa melahirkan Jonah. Disebabkan risau abangnya berjanji untuk mengupah seorang penjaga kanak -kanak untuk Marlo selepas dia bersalin nanti tetapi Marlo menolak.

Kelahiran anak ketiga Marlo sangat dinantikan oleh Drew tetapi bukan Marlo. Marlo sangat tertekan dengan persekitarannya. Setiap malam dia akan berjaga untuk memberikan susu, menukar lampin, menidurkan bayi. Manakala di siang hari Marlo menguruskan rumah, menghantar anak – anaknya kesekolah. Drew pula selepas pulang dari tempat kerja hanya melihat anak- anaknya sebentar sahaja, selepas makan malam dia akan masuk kedalam bilik dan bermain permainan game dan tidur sepanjang malam tanpa menghiraukan keletihan Marlo. Di suatu malam Marlo dimarahi oleh Drew kerana tidak menyiapkan makanan malam yang sempurna kerana Marlo menyediakan pizza sejuk beku yang dipanaskan kepada anak-anaknya. Drew yang marah terus naik kebilik meninggalkan Marlo menguruskan anak-anak seorang diri.

Didalam keadaan Marlo yang sangat tertekan dia telah dipanggil oleh pengetua sekolah anaknya dimana pengetua sekolah tersebut meminta Marlo menukar sekolah anaknya kerana anaknya mempunyai masalah pembelajaran. Marlo yang terlalu letih telah memarrahi pengetua dann memaki hamun pengetua sekolah anaknya kerana dia tidak percaya anaknya mempunyai masalah kesihatan. Di tempat letak kereta di sekolah anaknya dia menangis kerana sangat kecewa, Marlo berasa dia sangat tidak berguna. Dia mencari infomasi tentang penjaga kanak-kanak yang boleh menjaga kanak-kanak diwaktu malam.

Pada malam itu seorang penjaga bernama Tully datang di hadapan pintu rumah Marlo. Pada mulanya Marlo tidak percaya dengan Tully setelah beberapa hari Tully telah menjalankan kerjanya dengan baik bukan sahaja anak – anak Marlo dijaga malah rumah Marlo juga menjadi sangat bersih atas bantuan Tully. Lama kelamaan Marlo dan Tully menjadi seperti rakan baik. Marlo sering berbual dengan Tully.

Sehingga disuatu malam, untuk pertama kali Tully datang lewat kerumah Marlo. Tully memberitahu Marlo dia telah bergaduh dengan rakan serumahnya. Marlo mengajak Tully keluar dan minum di sebuah Bar. Ketika mereka sedang berbual, Tully menyatakan bahawa dia mahu berhenti tetapi Marlo mendesak supaya Tully tidak berhenti tetapi Tully menolak. Dengan marah Marlo pergi dari bar itu dan memandu seorang diri. Semasa memandu Marlo tertidur dan dia telah mengalami kemalangan sehingga jatuh kedalam air. Semasa kereta Marlo tenggelam kelihatan seekor duyung telah menyelamatkan Marlo

Ketika hospital Drew telah dipanggil oleh doctor yang merawat Marlo. Drew sangat terkejut dengan diagnosis doctor tersebut terhadap isterinya.

Apakahh yang dinyatakan oleh doktor yang merawat Marlo? Siapakah Tully yang sebenarnya?? Siapakah yang bersalah dengan keadaan Marlo sehingga tertekan sehingga berkeadaan sebegitu? Saksikan kisah Marlo didalam filem “TULLY”.

Trailer

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.8 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI