MONEY HEIST VERSI KOREA AKHIRNYA!!

5
(6)

Money Heist antara drama bersiri jenayah Netflix yang paling popular bakal dibikin dalam versi Korea Selatan. Sebuah remake yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminatnya.

Pengumuman tentang projek Money Heist versi Korea (remake) ini telah dibuat pada bulan Disember 2021. Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai La Casa de Papel dari Korea Selatan ini :

  • Bintang Squid Game iaitu Park Hae-soo akan memegang watak sebagai Berlin. Pelakon itu juga turut menyatakan bahawa Money Heist Korea bakal disiarkan pada tahun 2022.
  • Drama bersiri jenayah versi Korea ini bakal membawa atmosfera baru apabila setiap watak akan membawa personaliti berbeza dari versi asal iaitu versi Sepanyol.
  • Penggambaran untuk siri remake ini terpaksa ditunda kerana pandemik Covid-19.

Beberapa bintang besar ternama Korea Selatan bakal membintangi drama bersiri ini. Antara nama-nama yang akan menjayakan siri remake ini ialah Yoo Ji-tae, Park Hae-Soo, Jun Jong-seo, Kim Ji-hoon, dan Jang Yoon-ju.

 

 

Musim pertama untuk Money Heist bakal mempunyai 12 episod keseluruhannya dengan durasi masa 60 minit setiap episod.

Bagi Money Heist versi Korea ini, setiap watak menggunakan nama asal dari siri original Bahasa Sepanyol. Tidak sabar untuk menyaksikan Professor, Raquel, Berlin dan Tokyo beraksi, sebuah penceritaan yang sama tapi personaliti watak berbeza bakal ditampilkan untuk remake versi Korea ini !

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI