Benarkah Maya Karin akan kembali ke panggung wayang bersama Pontianak Harum Sundal Malam 3 ?
Baru-baru ini Maya telah membuat perkongsian melalui sesi temu bual secara live di Instagram Wartawanhiburan mengatakan yang kini pihak produksi sedang mengumpul dana dan akan mengambil masa sedikit untuk menghasilkan filem ini. Maya Karin juga mengatakan yang dia sangat teruja untuk bekerjasama kembali dengan Shuhaimi Baba walaupun penggambaran filem tersebut belum dimulai lagi. Namun dia meyakinkan yang filem Pontianak Harum Sundal Malam 3 akan ada kerana idea dan skrip semua telah pun siap dan dia juga telah menerima dan bersetuju dengan tawaran Shuhaimi Baba.

Menurut Maya, pihak produksi ingin memastikan filem sekuel ketiga ini akan tampil dengan jalan cerita yang lebih menarik berbanding dua filem sebelumnya agar permintaan peminat tidak sia-sia.

Dikhabarkan juga, Maya Karin sedang sibuk dengan penggambaran di Sarawak untuk filem teater Puteri Santubong yang mana Maya Karin akan memegang watak Ratu Sarawak dari ‘kayangan’ Puteri Santubong. Menurut Maya Karin, watak yang dia pegang ini cukup sarat dan penuh cabaran. Maya Karin yang begitu teruja dengan watak yang dinantikannya selama ini dibawakan oleh Kampung Budaya Sarawak yang ditaja Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak.
Filem teater ini akan dipentaskan pada 11 dan 12 Disember 2021 pada pukul 9:00 malam dan ditayangkan secara langsung menerusi www.putrisantubong.com.my
Sumber juga mengatakan yang Maya berminat untuk menjayakan sekuel bagi filem “Duyung” terbitan KRU Films. Namun dia perlu berbincang dengan pihak KRU terlebih dahulu.
Selain Pontianak Harum Sundal Malam 3, Maya juga akan tampil dalam empat lagi filem yang telah lama tertangguh tayangannya akibat pandemik iaitu “Abang Long Fadil 3”. Tambahnya lagi dia juga turut menerima tiga lagi tawaran filem baru.
RATING FILEM INI
BINTANG UNTUK REVIEW INI
PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4
MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI