FILEM SERAM MITOLOGI KLASIK INDIA (TUMBBAD 2018)

4.5
(2)

Jika anda adalah peminat filem SERAM MITOS KLASIK boleh tonton filem ini. Sungguh menarik dan unik! Bukan filem bergenre seram biasa-biasa kerana kisah yang disajikan mampu memberi satu impak emosi yang menakutkan dan mengerikan dari sisi gelap manusia. Sebuah filem yang sememangnya berbaloi untuk ditonton!

Di satu perkampungan Maharashtrian, Tumbbad, ada satu kisah mitologis Dewi yang menciptakan alam semesta dan sebuah keluarga telah membina kuil untuk Anak Sulung Dewi, yang digelar Hastar (Dewa yang tidak boleh disembah).

Filem ini berdasarkan kitab-kitab mitologi India di mana anak pertama Dewi/Goddes bernama “HASTAR”, dia dilahirkan dgn sifat yg sangat tamak. Semua dewa lain sangat marah pada HASTAR, dia dihukum serta dikutuk yang HASTAR akan menjadi Dewa yang tidak akan pernah disembah dan disumpah selama-lamanya. Namun, Dewi tetap melindungi HASTAR dan menyimpannya dalam rahim.

Kerakusan seorang lelaki (lakonan Sohum Shah) dan dia mencuri emas dari HASTAR sehingga dia dan anak lelakinya terperangkap di dalam rahim Dewi yang merupakan sebuah perigi kuno yang digunakan untuk melindungi HASTAR.

Filem ini ada beberapa lapisan cerita yang agak perlahan sedikit kerana terdapatnya melodramatik rumahtangga si ayah, si mak, perempuan simpanan si ayah dan kawan si ayah yang akhirnya “menikam belakang” si ayah.

Ada beberapa babak sahaja yang plotnya agak perlahan tetapi tidak akan membuatkan anda berasa bosan kerana keseluruhan plot filem ini sangat menarik. Sis tak nak “Spoiler” lebih, anda kena tonton sendiri untuk mendapatkan pengalaman itu sendiri ya.

Latarbelakang, sinematografi, lakonan serta suasana yang digarapkan cukup menyeramkan. Malah, air hujan yang digunakan adalah dari 4 monsun hujan yang sebenar dan sebab itulah filem ini memerlukan masa 6 tahun untuk disiapkan. Such a MASTERPIECE!

Yang menariknya lagi, terdapat pengajaran disebalik kisah filem ini, sebagai manusia kita perlulah bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang kita telah ada. Tidak bersifat tamak kerana ketamakan akan memakan diri sendiri.

AMARAN! Walaupun filem ini adalah gabungan genre seram; fantasi; cerita rakyat dan drama keluarga, ia tidak sesuai untuk ditonton bersama-sama anak-anak. Ada satu dua babak yang bagi sis yang hanya sesuai untuk tontonan dewasa.

Secara peribadi, sis suka keseluruhan plot filem ini dari awal hingga akhir yang penuh misteri, unik dengan konsep nya yang tersendiri. Dan sis suka sangat sinematografi yang disajikan, indah dan sedap mata memandang. Untuk ini, sis berikan 4/5⭐⭐⭐⭐!

FILEM INI ANDA BOLEH TONTON SECARA STREAMING DI AMAZON PRIME VIDEO

TRIVIA
Walaupun filem “Tumbbad” adalah sebuah fiksyen, kampung yang diberi nama “Tumbbad” ini sebenarnya adalah WUJUD. Tiada siapa pun yang menyedari kewujudan kampung kecil ini di Maharashtra sehinggalah filem ini ditayangkan. Penggambaran filem ini juga telah dibuat di kampung yang sama. MENARIK!

TRAILER:

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI