10 FILEM BADUT MENGHANTUI MALAM ANDA

5
(3)

CATCH A KILLER (1992)

Mengisahkan pembunuh bersiri yang berpakian badut telah membunuh 33 orang pada tahun 1980-an. Seorang detektif yang bernama Joe Kozenczak telah ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan bersiri tersebut.

CLOWNADO (2018)

Beberapa badut yang turun dari neraka melalui ribut ternado telah memburu dan membunuh beberapa orang penduduk. Dapatkah manusia biasa melawan kesemua badut-badut tersebut.

THE CLOWN AT MIDNIGHT (1999)

Sebuah rumah opera telah dibuka semula selepas berlakunya sebuah pembunuhan. Seorang remaja telah pergi kerumah opera tersebut dan dia telah menjadi sasaran seterusnya selepas ibunya dibunuh di rumah opera tesebut beberapa tahun sebelum itu oleh badut yang sama membunuh ibunya.

GACY (2003)

Mengisahkan seorang pembunuh bersiri yang memakai kostum badut untuk membunuh. Mengisahkan kehidupan John wayne Gacy seorang lelaki yang sangat penyayang mempunyai trauma ketika di zaman kanak-kanaknya sehingga menjadikan dirinya sebagai pembunuh bersiri.

TERRIFIER (2018)

Seorang badut yang sangat kejam cuba membunuhtiga orang wanita di satu malam holloween . kejadian pembunuhan itu berlaku di sebuah bangunan lama apartment yang sudah lama kosong.

IT (1990 & 2007)

7 kanak-kanak yang cuba melawan badut yang boleh merubah dirinya kepada ketakutan terbesar 7 kanak-kanak tersebut. Disebabkan badut tersebut terdapat kanak-kanak telah hilang disekitar kejiranan itu.

CLOWNHOUSE (1989)

Mengisahkan tiga orang adik bradik telah terperangkap di sebuah rumah lama. Disitu mereka telah dikejar dan diburu oleh tiga penjenayah yang memakai kostum badut.

THE JACK IN THE BOX (2020)

Sebuah kotak permainan antik iaitu jack in the box telah didermakan disebuah muzium. Selepas beberapa hari seorang demi seorang kakitangan muziumm telah dijumpai mati dengan keadaan yang mengerikan.

CREPITUS (2017)

Setelah kematian datuk mereka dua beradik telah berpindah kerumah pusaka datuknya. Ketika mereka tinggal disitu, dua beradik ini telah diserang dengan badut kanibal yang bernma Crepitus. Crepitus telah menyerang dan mengancam nyawa mereka berdua.

GAGS THE CLOWN (2018)

Seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya telah menjadi popular dalam sekelip mata, dimana dia telah menjadi bualan mulut peduduk sekitar bandar kerana dia sering menakutkan penduduk dengan usikkannya yang menakutkan dengan memakai kostum badut. Seorang wartawan tempatan telah menyiasat untuk mengetahui identiti sebenar badut tersebut.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI