AKSHAY KUMAR PELAKON TERMAHAL DI INDIA-FORBES

5
(8)

Akshay Kumar merupakan satu-satunya artis dari India yang tersenarai dalam Forbes pada tahun 2020. Pendapatan tahunannya sebanyak US$ 48.5 juta telah meletakkan aktor itu di senarai ke 52 Selebriti dengan Bayaran Termahal di Dunia pada tahun 2020.

Pelakon berbakat yang kini sudah berusia 53 tahun itu bukan sahaja antara muka iklan paling laku di India malah antara salah seorang selebriti terkaya di India. Namanya berada dalam 10 senarai teratas di belakang Shah Rukh Khan, Amitabh Bachchan dan Salman Khan.

Pencapaian hebatnya dalam industri perfileman terbukti sepanjang 6 tahun pengeluaran filem-filem lakonannya,tiada satu filem pun yang ‘flop’ di pasaran. Jadi tidak hairanlah jika aktor ini tersenarai sebagai salah seorang pelakon dengan bayaran tertinggi di Bollywood.

Menurut laporan Hindustan Times ,Akshay Kumar meletakkan bayaran sebanyak US$16 juta untuk setiap satu filem. Dijangkakan bayarannya akan naik menjelang tahun 2022 kepada US$18 juta kerana kejayaan-kejayaan filemnya seperti Housefull 4, Rustom, dan yang terbaru Sooryavanshi. 

Akshay Kumar juga menjana pendapatan melalui pengiklanan produk. Wajahnya amat laris dan diburu untuk dijadikan duta produk. Menurut laporan The Financial Express, Akshay Kumar meletakkan harga bayaran sebanyak US$ 200,000 sehari untuk setiap penggambaran iklan. Nilai kekayaan dari hasil iklan sahaja dikhabarkan berjumlah US$ 104.5 juta.

Selain itu Akshay Kumar juga mempunyai syarikat produksi sendiri yang diberi nama Hari Om Entertainment. Syarikatnya telah menerbitkan 15 filem pecah panggung Bollywood antaranya Sing is King, Rustom, dan Padman.

Pelakon serba boleh ini menggunakan kekayaannya untuk membeli hartanah, rumah mewah ,kereta-kereta mewah dan tidak lupa juga untuk tujuan kebajikan.

Menurut sumber Times Now News Akshay Kumar mempunyai beberapa hartanah di Toronto, Kanada dan beberapa rumah mewah tepi pantai di Mauritius. Akshay Kumar memiliki sebuah rumah duplex berhadapan pantai, dan empat buah apartment di Mumbai. Aktor ini turut memiliki sebuah rumah pantai ala Portugis di Goa.

Tidak ketinggalan dengan kereta-kereta mewah, pelakon ini memiliki koleksi seperti Porsche Cayenne, Rolls-Royce Phantom,Range Rover Vogue, Mercedes GL Class dan juga Honda CR-V. Sumber dari DNA India juga melaporkan bahawa Akshay Kumar memiliki sebuah jet peribadi yang bernilai US$35 juta.

Akshay Kumar juga terkenal dengan sifat pemurah dan suka menderma. Menurut India Today, Akshay Kumar pernah mendermakan sejumlah US$130,000 kepada mangsa banjir di Chennai pada tahun 2015 dan pernah mengeluarkan sejumlah US$130,000 untuk membina semula sebuah sekolah di Kashmir.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 8

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI