7 Filem Thriller Slow-burn Dengan Pengakhiran Yang Menarik

0
(0)

7. The Girl With Dragon Tattoo (2021)

Seorang penggodam telah diupah oleh seorang wartawan untuk menyelesaikan kes kehilangan seorang wanita sejak 40 tahun yang lalu. Kehilangan wanita itu begitu misteri. Semakin lama mereka menyiasat pelbagai kisah misteri bakal terungkai.

6. Rear Window ( 1954)

Seperti sebuah Filem yang bertajuk Distubia lakonan Shia LaBeouf tahun 2007, Filem Rear Window juga mempunyai plot yang hampir sama dimana pelakon utamanya yang kebosanan kerana tidak dapat keluar dari rumah kerana kecederaan yang dialaminya mengintip gerak geri jirannya sehingga menjadi salah satu saksi utama kes pembunuhan.

5. The Wailing (2016)

Seorang anggota polis menyiasat satu kes pembunuhan di kawasan perkampungannya. Semakin dia menyiasat semakin banyak misteri yang tidak dapat dirungkai dengan akal fikiran yang logik. Seorang demi seorang penduduk kampung terkena gangguan dan tidak lama selepas itu mereka akan mati dengan sadisnya.

4. Black Swan (2010)

Nina seorang belerina yang mendapat menjadi watak utama dalam pementasan White Swan. Akan tetapi impiannya bakal terkubur kerana pengarah pementasannya itu mengangap Nina tidak lagi sesuai dengan watak tersebut dan mahu menggantikan Nina dengan Odile.

3. Parasite ( 2019)

Kehidupan sebuah keluarga bakal berubah apabila perlahan-lahan mereka berkerja didalam sebuah rumah keluarga kaya. Hubungan kekeluargaan mereka rahsiakan dari majikan kerana tidak mahu dihalau. Pengkhianatan demi pengkhianatan berlaku sehingga sanggup membunuh demi sebuah kehidupan.

2. The Killing of a Sacred Deer (2017)

Sebuah Filem psikologi horor yang sangat mengerikan dimana seorang remaja lelaki sanggup berbuat apa sahaja demi membalas dendam terhadap seorang doktor yang punyai sejarah lalu diatas kematian seseorang.

1. Audition (1999)

Seorang lelaki kematian isterinya sejak tujuh tahun yang lalu merasakan dirinya terlalu sunyi. Kehidupannya dirumah bersama anak dan seekor anjing peliharaannya menyebabkan dia mahukan seorang wanita yang boleh menemani hari-harinya dengan bahagia sehingga melakukan sebuah ujibakat untuk mencari seorang isteri. Dia yang tertarik dengan seorang wanita dalam masa yang singkat tidak mengetahui bahawa wanita iti bakal mengubah masa depannya.

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI