The Silence of the Lambs 1991

0
(0)

Sebuah filem yang ikonik tentang seorang pihak FBI memerlukan bantuan seorang doktor psiko untuk menangkap pembunuh bersiri.

Detektif Chilton, waktu muda masa tonton filem ini memang tak faham apa-apa, hanya tahu suspen sahaja. Tapi kali ini berlainan, perbualan antara Clarice Starling dengan Detective Chilton menggambarkan gangguan….ahem seksual di tempat kerja. Selain itu, satu babak sebelum ini di dalam lif, di mana Clarice di kelilingi sekumpulan lelaki di tempat kerja seakan menggambarkan perbezaan antara lelaki dengan perempuan di tempat kerja. Ada pengkritik meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap babak-babak filem yang mempunyai maksud tersirat seperti di atas tetapi masa itu tidak dihebohkan.

Ok, sekarang sampai metafora yang cuba digambarkan oleh pengarah antara Hannibal Lecter dan Buffalo Bill.

Kedua-duanya ditemui Clarice, dan personifikasi kejahatan yang berada di bawah adalah Hannibal sendiri manakala untuk Buffalo Bill adalah perkara yang dia sedang lakukan.

 

Semasa Buffalo Bill ditemui

 

Salah satu babak dalam filem yang jarang ditemui sekarang. Dengan dialog dan sudut kamera, pengarah dan pelakon dapat memberikan kecemasan, ketakutan, tetapi dalam masa yang sama Hannibal seperti seorang kawan.

Akhirnya, ini sebuah filem klasik yang akan menjadi perbualan untuk tahun-tahun yang akan datang.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI