DIYA(2018)-UNBORN CHILD REVENGE

5
(2)

DIYA merupakan filem Tamil pertama pelakon wanita Sai Pallavi. Sai Pallavi sebelumnya amat terkenal dalam industri perfileman Malayalam dan Telugu.

Ternyata Sai Pallavi berjaya menonjolkan bakatnya dalam filem seram thriller DIYA. Sai Pallavi bergandingan dengan Naga Shourya dan pelakon cilik Veronika Arora.

Filem seram yang berkisar tentang kisah balas dendam roh anak kecil yang telah digugurkan oleh ibunya kerana terpaksa.

Plot filem ini secara keseluruhannya agak mudah untuk dijangka walaupun setiap cara pembunuhan agak kejam dan tragis. Penonton tidak perlu memerah otak untuk meneka apa yang terjadi seterusnya namun, filem ini cukup memberi rasa debar setiap kali babak mangsa pembunuhan bakal menemui ajal. Salah satu elemen yang menyelamatkan filem ini ialah persembahan luar biasa Sai Pallavi sebagai Thulasi, seorang wanita yang dipaksa menggugurkan kandungan luar nikah dan tidak tenang sepanjang hidupnya.

Awas spoiler :

Pada zaman remajanya Thulasi(Sai Pallavi) telah terlanjur dengan teman lelakinya. Dia didapati hamil dan perkara itu mengejutkan keluarganya dan keluarga teman lelakinya. Maka kedua-dua keluarga dengan sokongan doktor mereka menyarankan Thulasi untuk menggugurkan kandungan tersebut.

Setelah beberapa tahun berlalu, Thulasi kini telah berkahwin dengan teman lelakinya iaiitu Krishna (Naga Shourya). Selama ini roh janin yang digugurkan itu sering bersama mereka tanpa mereka sedari. Satu dendam jahat sering membakar dijiwa roh kecil tersebut.

Selepas Thulasi dan Krishna pindah ke kediaman baru, seorang demi seorang ahli keluarga mereka menemui ajal dengan cara tragis.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI