118(2019)”Filem Telugu Penuh Misteri”

5
(6)

118 filem Telugu yang penuh misteri. Telugu merupakan salah satu bahasa dari India Selatan, industri perfileman India Selatan sangat berkembang pesat selari dengan peredaran masa.

Nandamuri Kalyan Ram berjaya membawa watak dengan baik,salah satu persembahan terbaik darinya untuk filem 118.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler:

Yang mati takkan pernah kembali,
Tapi keadilan tetap perlu dicari.
Kuasa memakan nyawa!
Membunuh jiwa!

 

 

Setiap kali tidur di bilik bernombor 118 di sebuah resort , Seorang penulis bernama Gautham, sering didatangi mimpi tentang seorang gadis yang di pukul dan juga sebuah Kereta di tolak dari gaung.

Beberapa kali mimpi ini menghantuinya, wajah gadis ini Nampak jelas di mata, dia yakin dia tidak pernah mengenali gadis ini, tidak pernah berjumpa. Apakah kaitan dirinya dengan gadis ini?

Gautham berjumpa psikiatri untuk memastikan kesihatan mentalnya.

Akhirnya Gautham membuat keputusan untuk menyiasat tentang gadis ini,rupanya bukan dia Seorang sahaja yang pernah bermimpi sebegitu di bilk 118 itu. Dia menjejaki orang2 yang dibayangi mimpi Sepertinya.

Dia membongkar satu komplot, satu tragedi dan pembunuhan yang menyayat hati. Seorang lelaki berkuasa dalang segalanya.

Kalau belum tonton, kena tonton 118 ni. Berbaloi sangat untuk ditonton.

8/10

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI