YEH SAALI AASHIQUI(2019) “Dendam yang Membunuh”

5
(6)

Filem-filem Hindi semakin berkembang lebih matang dan mampu memenuhi selera peminat-peminat genre jenayah dan thriller.

Elemen balas dendam sering dicari-cari dalam sesebuah filem, YEH SAALI AASHIQUI mempersembahkan kreativiti penceritaan yang pasti membuatkan penonton semua terikat di kerusi!

Cinta dinodai,hati disakiti,dendam pasti!

 

 

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler:

YEH SAALI AASHIQUI

Ini merupakan sebuah filem thriller Hindi yang wajib ditonton!

Apa yang anda akan lakukan jika anda tahu kekasih anda adalah seorang penipu? Bukan sahaja menipu, malahan telah menyebabkan anda ditempatkan di hospital mental.

Seorang lelaki terjebak dengan seorang wanita yang sakit jiwanya, kerana wanita ini, dia terperangkap di hospital mental Walaupun dia sebenarnya sihat walafiat.

Masa berlalu, masing-masing sudah ada kehidupan sendiri.

Si lelaki malang yang telah terkurung di hospital mental itu akhirnya berjaya keluar dari neraka itu setelah melakukan satu helah yang mengejutkan.

Niatnya hanya satu, dia mahu membalas dendam akan kegilaan bekas teman wanitanya dulu.

Kali ini pembalasan itu pastilah yang paling menyakitkan!

Bekas teman wanitanya kini sedang bahagia menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Mereka akan bertunang. Pastinya si lelaki yang pernah menjadi mangsa wanita ini tidak akan berdiam diri.

Dia merencanakan sesuatu yang menyebabkan impian wanita itu musnah.

Kini mereka saling berdendam.

Wanita ini juga akan memusnahkan lelaki itu. Dia pernah melakukannya sekali, kali ini nyawa menjadi taruhan.

Kegilaan hingga sanggup membunuh.

Dendam dan kebencian mereka tidak mampu dibendung lagi.

YEH SAALI AASHIQUI
9/10

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI