EXTE (2007)

4.8
(5)

RAMBUT “EXTENSION” YANG MEMBUNUH!

Gadis-gadis diculik, kepala dibotakkan, organ-organ dalaman dan rambut mereka kemudiaannya diperdagangkan!

EXTE (2007) sebuah filem seram thriller komedi dari Jepun yang mengfokuskan tentang kegilaan seorang penjaga bilik mayat hospital, Yamazaki yang suka mengumpul rambut dari gadis-gadis yang telah mati dan dijadikan sebagai rambut “extension” kemudian dijual kepada pelanggannya di salon rambut.

Filem dimulakan dimana tiga orang pegawai kastam yang sedang membuat rondaan dan pemeriksaan kontena-kontena yang baru tiba di pelabuhan. Mereka dikejutkan dengan penemuan sekujur mayat perempuan dibawah timbunan rambut manusia yang disimpan dalam kontena tersebut.

Ketika mayat tersebut dibawa ke bilik mayat, Yamazaki menjadi begitu obses dan teruja dengan mayat itu kerana dia mendapati kepala mayat yang telah botak itu tiba-tiba rambutnya tumbuh semula. Yamazaki mencuri mayat tersebut dan dibawa ke rumahnya. Sejak memiliki mayat itu, Yamazaki tidak lagi bekerja sebagai penjaga mayat kerana rambut dari mayat perempuan tadi tumbuh tanpa hentinya dan Yamazaki menggunakan rambut tersebut untuk dijual.

Di babak lain, seorang tukang gunting yang sedang menggunting rambut pelanggannya tiba-tiba seperti dirasuk sesuatu sehingga mengakibatkan kematian pelanggannya. Tak lama selepas itu, seorang “hair stylist” pula mati dengan ngerinya.

Di rumah Yamazaki, mayat yang malang itu rambutnya masih tumbuh tanpa henti, ia tumbuh dari rongga matanya yang kosong, lidahnya, mulutnya dan luka-luka yang terbuka di badannya. Satu pemandangan yang sungguh menjijikkan!

Apakah kaitannya kematian-kematian misteri itu dengan mayat gadis tersebut?

**FILEM YANG DIARAHKAN OLEH SION SONO. DITULIS MASAKI ADACHI DAN SION SONO. DIBINTANGI OLEH CHIAKI KURIYAMA, REN OSUGI, TSUGUMI, MEGUMI SATO, ERI MACHIMOTO, MIKU SATO YANG BERDURASI 108 MINIT INI, ANDA BOLEH TONTON DI YOUTUBE DALAM BAHASA JEPUN DENGAN SARIKATA BAHASA INGGERIS.

 

 

 

 

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.8 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI