Anding hampir putus jari dalam filem HEADHUNTER

4.8
(4)

Anding Indrawani, seorang penyanyi dan pelakon yang dilahirkan pada 25 April 1983, mula dikenali selepas mengambil bahagian dalam rancangan realiti “Akademi Fantasia 2” pada tahun 2004.

Walaupun 17 tahun telah , Anding masih mampu berdiri tegak atas kaki sendiri dalam industri seni. Ini terbukti apabila pencapaian Anding Indrawani diiktiraf oleh FFM dan telah berjaya meraih anugerah “Pelakon Lelaki Harapan” bagi filem “HEADHUNTER”.

“Saya jadikan perlahan-perlahan kayuh sebagai prinsip. Saya dah cuba pelbagai kerjaya dan tetap akan kembali ke dalam industri seni tak kiralah dalam bidang pengacaraan, lakonan atau nyanyian,” katanya kepada mStar ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada malam Jumaat baru-baru ini.

Anding juga sempat berkongsi pengalamannya yang jarinya hampir terputus dan terpaksa dijahit pada hari pertama ketika penggambaran HEADHUNTER dijalankan.

HEADHUNTER adalah sebuah filem arahan Badd Badrul dimana Anding memegang watak sebagai Anang dan turut dibintangi oleh beberapa pelakon lain seperti Chacha Maembong, Ebi Kornelis dan Ahya Rosli.

Selain itu, dia juga berkongsi yang dia perlu bercakap dalam bahasa Iban di dalam filem ini yang mana bukan “1st language” dia walaupun dia berbangsa Dayak.

Semoga selepas ini, kerjaya Anding makin maju dan mendapat banyak tawaran berlakon!

Sumber : mStar

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.8 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI