DURIOO Gantikan Didi &Friends

5
(6)

Seperti yang umum sudah ketahui, animasi Didi & Friends bukan lagi di bawah Digital Durian.

Terbaru, founder dan CEO Digital Durian, Sinan Ismail mengumumkan syarikat baru miliknya yang bernama DURIOO.

Menurut beliau syarikat tersebut bukanlah syarikat animasi seperti Digital Durian. Ia adalah lebih dari itu. Syarikat itu merupakan sebuah Tech Startup.

Baca petikan dari perkongsian beliau dari laman Facebook di bawah.

Durioo

Dengan perasaan berdebar-debar dan hopeful – kami memperkenalkan Durioo. Durioo adalah syarikat baru saya bersama team saya. Durioo ditubuhkan untuk memanjangkan lagi hasrat kami untuk menghasilkan Islamic animation untuk kanak-kanak di seluruh dunia.

The Durioo Aspiration – The Disney and Netflix for Muslim Children

Terdapat lebih 400 juta kanak-kanak Muslim di seluruh dunia tetapi ada terlalu sedikit animasi dan games Islamic Essence yang berkualiti tinggi, yang anak-anak suka tengok dan main, yang anak-anak bila tengok akan dapat belajar the beauty of Islam.

Di Durioo, kami percaya animasi dan games with Islamic Essence akan memberi banyak manfaat. Bayangkan impak yang kami dapat hasilkan kepada 400 juta kanak-kanak Muslim.

Bukan Syarikat Animasi – Durioo adalah Tech Startup

Jika dulu di Digital Durian, kami adalah syarikat animasi yang menghasilkan animasi untuk di letak di YouTube atau di jual kepada syarikat tv. Di Durioo – sasaran kami adalah lain. Durioo adalah a Tech Startup. Kami akan mempunyai platform sendiri dalam bentuk Durioo+ dan Durioo Games – dan kami juga akan hasilkan Durioo Originals dan mobile games.

Durioo+ | 2022

Durioo+ merupakan streaming service yang akan boleh ditonton di telefon bimbit, tab, Smart TV, Android Box dan sebagainya. Kami akan hasilkan animasi-animasi dan content kami sendiri dengan jenama Durioo Originals, tetapi kami juga akan bekerjasama dengan syarikat animasi dan produksi (lokal dan antarabangsa) yang lain. Yang paling penting, Durioo+ akan menyiarkan content yang ‘high quality Islamic Essence content’ sahaja. Ini kerana, kanak-kanak ‘deserve the best’.

Durioo Games | Jan 2022

Durioo Games pula adalah platform yang akan memuatkan mobile game yang mempunyai nilai-nilai pengajaran Islamik. Kami akan berusaha untuk menghasilkan games yang menarik, games yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak dan games yang boleh menyuntik nilai-nilai murni Islam ketika bermain. Durioo akan hasilkan satu game setiap bulan!

Durioo Originals #1 | Little Ammar | Jan 2022

Memperkenalkan Little Ammar, si comel bergigi arnab dan arnabnya Rapbit. Little Ammar adalah animasi khusus untuk kanak-kanak umur 1-4 tahun. Little Ammar adalah “Cocomelon untuk kanak-kanak Muslim”. Anak-anak kecil pasti akan terhibur menyanyi, menari, melompat dan belajar bersama Little Ammar. Selain daripada lagu-lagu 3 minit, Little Ammar akan menghidangkan doa-doa, surah-surah pendek, zikir, lullabye dan juga video-video pembelajaran. Harapan kami adalah, kanak-kanak Muslim di Malaysia, Indonesia dan seluruh dunia dapat belajar nilai-nilai murni Islam dari usia yang kecil lagi. InshaAllah.

Durioo Originals #2 | Mina Mila | 2022

Pernahkah anda terfikir, kenapa tak ada animasi Islamic Essence untuk kanak-kanak perempuan 5-9 tahun? Memperkenalkan Mina Mila. Adik beradik perempuan kembar seiras – tetapi mempunyai personaliti yang berbeza! Jom ikuti kisah Mina Mila dalam mengharungi kehidupan sebagai adik beradik kembar. Oh ya… lupa nak cakap, Mina dan Mila adalah kakak kembar kepada… Little Ammar #taksabarnakrelease

Dua je ke Durioo Originals?

Tidak! Ini adalah 2 Durioo Orignals yang pertama, kami target untuk Durioo adalah untuk menjadi seperti Disney, Netflix, Cartoon Network atau Nickelodeon – mempunyai banyak animasi dan content untuk kanak-kanak bermula dari umur 1 tahun sehingga 12 tahun.

Kami tahu yang perjalanan ini pastinya bukan sesuatu yang mudah dan akan mengambil masa yang panjang – tetapi kami akan usahakan yang terbaik – mana tahu satu hari nanti Durioo buat animasi bersama Mo Salah atau Paul Pogba? #nothingisimpossible #makeWow

The Durioos | Kualiti Yang Terbaik

Apakah The Durioos? Hehe, itulah nama panggilan team Durioo. Hampir semua The Durioos adalah team yang dulunya dari Digital Durian. Memandangkan The Durioos adalah the creative minds behind Omar & Hana dan Didi & Friends – kami janjikan kualiti yang terbaik! Untuk memastikan yang terbaik – kami juga akan bekerjasama dengan pakar-pakar seperti Kuiscell (Ustaz Don) dan inshaAllah dengan Sheikh Omar Suleiman dari USA.

Made in Malaysia | With The World | For The World

Durioo is for the world. Ini bermakna produksi Little Ammar dan Mina Mila akan terus dilancarkan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Arab. Pada masa yang sama, kami juga sedang bekerjasama dengan partners untuk membawakan Little Ammar dan Mina Mila dalam bahasa Russia, Uzbek, Tarjik, Urdu, Mandarin dan Perancis pada tahun 2022. InshaAllah.

Pihak Durioo juga sedang berkomunikasi dengan syarikat TV tempatan dan luar negara agar Little Ammar dan Mina Mila akan disiarkan di kaca TV. Setakat ini, perbincangan kami adalah positif dan InshaAllah kita boleh tengok Little Ammar dan Mina Mila di kaca TV Ramadan tahun depan.

BACA PERKONGSIAN PENUH BELIAU.

FACEBOOK SINAN ISMAIL

Wah, nampaknya pasukan Digital Durian akan jadi lebih hebat lagi di masa hadapan. Kami doakan segala perancangan mereka dipermudahkan.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI