Kisah Benar Way Back Home (2013)

5
(6)

BERDASARKAN DARI KISAH BENAR

“Terasing di dunia lain, berseorangan, dipisahkan dari suami dan anaknya, dianiaya dan dihukum untuk kesalahan yang dia tidak buat! Dipenjara pula menjadi mangsa seksual! KEJAMNYA MANUSIA!”

Kisah seorang ibu dan isteri yang menjadi mangsa aniaya dan diperangkap kerana membawa dadah (realiti nya ramai wanita yang menjadi mangsa). Berlaku pada tahun 2004 di lapangan terbang Orly France.

Song Jeong Yeon (lakonan Jeon Do-yeon) seorang ibu dan isteri yang sangat bahagia bersama suaminya, Jong Bae (lakonan Go Soo) dan anaknya, Hye Rin. Namun kebahagiaan itu tidak berkekalan apabila rakan baik Jong Bae bunuh diri dan meninggalkan banyak hutang atas nama Jong Bae. Mereka menjadi papa kedana sekelip mata sahaja dan hidup mereka mula berubah, mereka kehilangan segala-galanya, simpanan semakin susut dan terpaksa pindah dan menyewa bilik yang kecil dan sempit.

Suatu hari kawan Jong Bae menawarkan pekerjaan kepada dia namun pekerjaan itu hanya boleh dilakukan oleh perempuan sahaja. Jong Bae terpaksa menolak tawaran itu dan diketahui oleh isterinya. Disebabkan desakan hidup, Jeong Yeon menerima pekerjaan itu bagi wakil suaminya namun tanpa pengetahuan Jong Bae, suaminya.

Hari yang ditunggu telah tiba dan Jeong Yeon pun bertolak ke France tetapi malang tidak berbau, setiba sahaja di lapangan terbang France; Jeong Yeon di tahan kerana menyeludup dadah! Rupanya di dalam bag bagasi itu bukanlah barang perhiasan yang perlu dihantar tetapi hanya ada dadah!

Babak sini emosional sangat! Kasihan gila terpinga-pinga dia tidak faham dan bingung apakah kesalahan dia! Sungguh menyayat hati, dia diheret masuk untuk disoal siasat. Dan ketika dia dibenarkan membuat panggilan kepada suaminya itu! Arggg!! Mengalir terus airmata min! Intense dan mencemaskan saat-saat itu! “HONEY! PLEASE HELP ME! JERITNYA DALAM TELEFON!

Terus min terfikir..kalau kita yang berada di tempatnya ketika itu dalam situasi yang sebenar, bagaimana kita hendak menghadapinya? Terus terbayangkan wajah anak-anak, suami dan Ibu yang min tinggalkan di rumah! MEREMANG, BERDERAU DARAH DAN JANTUNG TERUS! Memburukkan lagi keadaan, Jeong Yeon tidak faham dan tidak reti bahasa lain selain bahasa Korea! Bahasa Inggerisnya pun sangat lemah! Allah! Tiada seorang pun yang faham apa yang dia katakan ketika itu!

Apakah yang terjadi selepas Jeong Yeon ditangkap? Bagaimana pula nasibnya dan layanan yang dia terima ketika berada di penjara di negara asing itu? Dapatkah dia kembali kepada keluarganya semula?

Ya Allah! Memang sedih sangat kisah ini. Airmata min jatuh berjuraian ketika anaknya mencari ibunya dan suaminya pun, alahai! Kasihan! Marah dan geram! Itu sahaja yang mampu min ungkapkan ketika suaminya berusaha meminta bantuan ke sana ke sini tetapi diabaikan! Emosi min turut sakitnya tuh disini! Semestinya, diakhir kisah ini sudah tentu ada pengajaran untuk kita renung-renungkan dan ambil iktibarnya.

Selamat menonton anda semua! Sementara anda hendak mencari filem ini, mari kita layan dulu trailernya di sini.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI