IBU SAYA SANGAT TERLUKA – Salman Khan

5
(7)

Umum mengetahui bahawa bapa kepada pelakon tersohor Salman Khan mempunyai dua isteri iaitu Salma Khan dan Helen Khan.

Salma Khan merupakan ibu kandung kepada Salman Khan dan adik-beradiknya yang lain. Manakala Helen Khan pelakon lagenda Bollywood tidak mempunyai anak.

Dalam satu wawancara dengan filmfare, Salman menyatakan bahawa walaupun ibunya (Salma Khan) menerima keputusan Salim Khan untuk mengahwini Helen, jauh dilubuk hati ibunya,dia tahu ibunya sangat-sangat terluka.

Saya berasa sakit hati apabila melihat ibu saya tidak gembira. Amat menyedihkan apabila melihat ibu tertunggu-tunggu kepulangan ayah ke rumah. Tapi lama-kelamaan ibu dapat menerima perkahwinan ayah yang kedua. Ayah kami telah menerangkan kepada kami bahawa dia akan tetap mencintai dan menyayangi ibu kami, dan dia akan sentiasa ada di sisi kami. Saya berumur 10 tahun ketika itu, dan kami mengambil masa agak lama untuk menerima kehadiran Mak Cik Helen, kini mak cik adalah sebahagian dari keluarga kami.” Demikian luahan Salman Khan ketika wawancara tersebut.

Helen dan Salim Khan telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1981 dan pada ketika itu isteri pertama Salim Khan iaitu Salma Khan tampak menerima perkahwinan kedua suaminya dengan tenang tanpa sebarang kontroversi.

Salman Khan adalah antara selebriti Bollywood yang jarang bercerita tentang kehidupan peribadi dirinya, tapi dia amat suka bercerita tentang ibu kesayangannya. Acap kali dia menyatakan pada pihak media bahawa ibunya adalah sumber kekuatan dirinya.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 7

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI