HARIVU(2014)-KOYAK JIWA PENONTON!

5
(7)

 HARIVU adalah sebuah filem Kannada dari India yang bakal merobek-robek jiwa penonton. Filem yang menceritakan tentang kemiskinan dan ketidak-adilan yang muncul di kalangan masyarakat.

HARIVU telah memenangi beberapa anugerah perfileman antaranya Filem Kannada Terbaik di Anugerah Kebangaaan ke 62 dan turut merangkul anugerah Produksi dan Arahan terbaik untuk Anugerah Negeri Kannada. Filem HARIVU juga telah memenangi hati ramai penonton di seluruh pelusuk dunia pastinya!

HARIVU diarahkan oleh Manjunatha Somakeshava Reddy ini mendapat pujian banyak pihak dan turut mendapat undian bintang yang cemerlang di laman IMDb dan Rotten Tomatoes. Sinematografi untuk filem ini sangat cantik dan memukau, gred warna yang sememangnya membuatkan mata penonton terpesona. Pujian harus diberikan kepada Anand Sunderesha. Pelakon-pelakon yang menghidupkan setiap watak wajib dipuji, terutananya yang membawa watak sebagai bapa iaitu Sanchari Vijay.

HARIVU berkisar tentang krisis hidup beberapa rakan yang tinggal di bandar yang mempunyai masalah masing-masing dan hubungan antara mereka dan orang tua mereka. Tumpuan utama filem ini adalah kepada watak utama seorang bapa dari kawasan pedalaman yang perlu membawa anaknya ke bandar untuk menerima rawatan kesihatan kerana anaknya kini didiagnosis dengan penyakit berbahaya. Sebuah kisah yang sememangnya membuat air mata penonton mengalir dan cukup-cukup menginsafkan.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler:

HARIVU filem kannada yang paling menyentuh hati. Tentang kasih sayang tidak berbelah bahagia Seorang bapa.

Bukan thriller, bukan psycho, bukan crime.. Sekali tengok pon boleh menangis sebesen air mata.

Di awal babak, kita disajikan dengan hidup bahagia Sepasang suami isteri dan Seorang anak lelaki mereka.

Sangat bahagia walau serba kekurangan, Si anak adalah permata hati.

Malang sungguh, Si anak didiagnos dengan penyakit kritikal. Maka pergi lah ke bandar si bapa, menggendong anaknya untuk rawatan.
Meninggalkan si ibu dirumah dengan sejuta Harapan semoga si anak pulih.

Berbekal kan Duit yang tidak seberapa setelah menjual harta, berbekalkan perkakas memasak, Si bapa setia menamani anak di rumah sakit.

Ihsan dari pihak hospital, Si bapa dibenarkan memasak di kawasan hospital, kerana dia orangnya serba kekurangan.

Si bapa pulang, berjalan kaki. Menjunjung sebuah kotak besar di kepala.

Dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan pemuda-pemuda yang memberinya tumpangan.

Ironinya, pemuda-pemuda ini tidak menghargai bapa mereka.

Seterusnya satu perjalanan yang menyayat hati.

Kasih bapa sepanjang masa,
Rela berkorban jiwa,
Rela berkorban tenaga..
Jika nyawa boleh diganti,
Bapalah yang akan memberi.

Wajib tonton!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 7

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI