Hamdan Sebenarnya Tidak Mahu Ditidurkan

0
(0)

Hamdan Ramli yang dikenali sebagai salah seorang anggota kumpulan Senario telah dilaporkan terpaksa ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.

 

Anak bongsu Hamdan yang bernama Nur Natasya Umairah memberitahu pada awalnya, bapanya hanya mengalami cirit-birit akibat keracunan makanan selepas pulang dari makan malam.

 

Menurut anak bongsunya itu Hamdan secara tiba-tiba sukar untuk bernafas. Selepas pemeriksaan lanjut, doktor maklumkan dia perlu ditidurkan kerana jangkitan kuman dalam darah agak tinggi.

 

 

Walaupun hatinya merasa sedih melihat keadaan bapanya itu, Natasya bagaimanapun berasa sedikit lega apabila doktor memaklumkan Hamdan kini dalam keadaan stabil namun masih ditidurkan.

 

Dia menambah lagi, kuman dalam darah tinggi, kemudian doktor maklumkan jantung ayahnya lemah dan paru-paru juga berair.

 

Katanya lagi, sebelum Hamdan ditidurkan, mereka dibenarkan untuk berjumpa dan membuat panggilan video dengan keluarga.

 

Hamdan sebenarnya tidak mahu ditidurkan kerana dia mahu meneruskan tugas dan mahu bertemu peminat.

 

 

Ujar Natasya, Hamdan atau nama sebenar, Ahmad Hamdan Mohamed Ramli dijadualkan menyertai acara Wonderful Night with Senariounion di Johor Bahru pada malam sambutan tahun baru.

 

Sebelum ayah ditidurkan, mereka sekeluarga dibenarkan untuk jumpa. Natasya bisik pada ayahnya dan yakin semangatnya kuat untuk sembuh.

 

Mereka bersama-sama rakan Senario yang lain mohon pada seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan kesihatan Hamdan. Doakan Hamdan kuat dan sembuh daripada sebarang penyakit.

 

 

Azlee memberitahu pada pagi ahad Hamdan tidak turun sarapan selepas dimaklumkan anaknya bahawa dia demam dan terkejut apabila diberitahu bahawa Hamdan dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada sebelah petang.

 

“Saya pun ada bercakap dengan Hamdan supaya tenang-tenang dulu biarkan saya dan ahli lain berlatih.

 

“Kemudian pada petang Ahad, isteri Hamdan memaklumkan keadaan Hamdan kritikal,” katanya.

 

Azlee turut memberitahu bahawa kejadian itu berlaku ketika mereka menyambut ulang tahun ke-27 kumpulan itu, pada Ahad.

 

*Update terbaru mendapati beliau kini berada dalam keadaan yang kritikal. Semoga Hamdan diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI