Penderitaan dan Tekanan Berpanjangan, 12 Selebriti Korea Ini Pilih Jalan Bunuh Diri!

0
(0)

Suasana duka masih menyelubungi dunia hiburan Korea Selatan. Salah seorang pelakon terkenal iaitu Lee Sun Kyun, meninggal dunia pada 27 Disember 2023 yang lalu. 

Lee Sun Kyun ditemui meninggal dunia dalam kendaraan miliknya di Waryong Park, Jongno-gu, Seoul Pusat, Korea Selatan. Pelakon berbakat besar itu disyaki meninggal dunia kerana bunuh diri.

Lee Sun Kyun bukan satu-satunya artis Korea yang mengambil jalan sigkat bunuh diri. Berikut ini adalah senarai artis Korea Selatan yang tewas dengan keperitan dunia dan memutuskan untuk mengakhiri hidup mereka dengan bunuh diri.

*Bagi mereka yang mengalami kemurungan, tekanan dan mungkin terfikir untuk bunuh diri, dapatkan bantuan dari Sneham Malaysia Welfare Association yang telah melancarkan talian bebas tol 1800 22 5757 untuk memberi sokongan emosi dan juga khidmat kaunseling*

  1. Moonbin ASTRO

Moonbin ASTRO meninggal dunia pada 19 April 2023. Pihak polis Gangnam, Seoul, mendapat panggilan telefon dari pengurus Moonbin yang menemui bintang idola Kpop tersebut dalam keadaan tidak bernyawa di kediamannya di kawasan Gangnam sekitar pukul 20.10 waktu tempatan.

Selepas melakukan pemeriksaan, pihak polis mendapati bahawa bintang berusia 25 tahun itu mengakhiri hidupnya.

Pada waktu itu, Fantagio sebagai agensi yang menaungi Moonbin meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi tentang penyebab kematian artis berkenaan.

Moonbin dikebumikan pada 22 April 2023. Upacara pengebumian Moonbin diadakan secara tertutup.

  1. Jeong Jong Ji

Pada 9 September 2022, Jeong Jong Ji, bekas peserta program survival show Produce 101 musim 2, dilaporkan meninggal dunia kerana bunuh diri.

Berita mengejutkan itu disampaikan oleh seorang wanita yang mendakwa sebagai ibu kepada Jeong Jong Ji. Wanita tersebut menceritakan kesedihannya atas pemergian anak lelakinya itu.

  1. Yoo Joo Eun

Pelakon wanita Yoo Ju Eun meninggal dunia bunuh diri pada 29 Ogos 2022. Sebelum meninggal dunia, bintang drama Joseon Survival Period ini telah menulis surat perpisahan yang ditujukan pada ahli keluarganya.

Dalam suratnya, Yoo Joo Eun meluahkan segala kesukarannya selama mengejar impiannya sebagai seorang pelakon.

“Saya sangat suka berlakon. Mungkin berlakon adalah segala-galanya bagi saya. Tapi memang tidak mudah untuk mengejar impian tersebut. Saya tidak mahu melakukan perkara lain lagi, dan semua ini sangat menyedihkan. Saya sedar impian saya ini adalah sebuah kebahagiaan pada waktu yang sama ianya juga adalah satu mimpi buruk,” kandungan dari sebahagian surat perpisahan dari Yoo Joo Eun waktu itu.

  1. Jo Hana

Pelakon wanita dan juga merupakan seorang influencer muda dari Korea iaitu Jo Hana mengakhiri hidupnya dengan cara bunuh diri pada 28 April 2022. Sayang sekali usianya baru mencecah 23 tahun.

Sebelum meninggal dunia, Jo Hana pernah menjadi mangsa penipuan dan mengalami kerugian hingga 2 juta won. 

  1. Song Yoo Jung

Pada 23 Januari 2021, pelakon lelaki Song Yoo Jung meninggal dunia dengan cara bunuh diri. Song Yoo Jung adalah pelakon drama Korea School 2017.

Pada waktu itu, Sublime Artist Agency selaku agensi artis tersebut telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan kematian Song Yoo Jung. Mereka meminta para peminat mengirimkan doa kepada mendiang Song Yoo Jung.

Namun, agensi tidak memberikan keterangan lengkap tentang penyebab Yoo Jung bunuh diri.

  1. Go Hara KARA

Bekas anggota kumpulan KARA, Go Hara, dilaporkan meninggal dunia pada 24 November 2019.

Menurut ketua polis Gangnam di Seoul, Goo Hara ditemui tidak bernyawa di rumahnya di kawasan Cheongdam sekitar pukul 18:00 waktu tempatan. 

Goo Hara dikatakan menghidap tekanan dan kemurungan yang teruk. Sebelum meninggal dunia, bintang itu pernah melakukan percubaan bunuh diri.

  1. Sulli f(x)


Sulli meninggal dunia dengan cara bunuh diri pada 14 Oktober 2019. Jasadnya ditemui oleh pengurusnya di apartment Sulli yang di kawasan Gyeonggi, Seoul Selatan.

Polis Korea Selatan telah memberikan kenyataan rasmi bahawa bekas anggota kumpulan f(x) ini meninggal dunia kerana bunuh diri.

  1. Jeon Mi Seon

Pada 29 Julai 2019, pelakon wanita Jeon Mi Seon ditemui meninggal dunia dengan cara menggantung diri di sebuah hotel di kawasan Jeonju.

Pada waktu itu, pengurusnya menemui Jeon Mi Seon sudah tidak bernyawa dan jantungnya tidak lagi berdegup.

Sebelum meninggal dunia, Jeon Mi Seon memang menderita penyakit kemurungan dan telah mendapatkan rawatan untuk kesihatan mentalnya.

  1. Jong Hyun SHINee

Selain Jeon Mi Seon, Kim Jong Hyun juga meninggal dunia kerana bunuh diri.

Dia ditemui tidak bernyawa di sebuah apartment di Seoul pada 18 Disember 2017.

Jeong Hyun mengakhiri hidupnya pada usia 27 tahun. Dia diberitakan menderita penyakit kemurungan sebelum memutuskan untuk bunuh diri.

  1. Ahn So Jin

Pada 24 Februari 2015, Ahn So Jin KARA Project meninggal dunia kerana bunuh diri.

Mayat Sojin ditemui di bangunan apartmentnya di Daejeon, Korea Selatan.

Penyebab kematian Sojin tidak didedahkan kerana pihak keluarga menolak untuk melakukan bedah siasat ke atas mayat.

  1. Kim Daul
FASHION WEEK SPRING 2009— RACHEL ROY presentation held at 555 West 18th Street
Model Daul Kim. Kim was found dead in her apartment on November 19, 2009.

Model Korea Selatan, Kim Daul meninggal dunia pada 19 November 2009.

Model yang kerap muncul di dada majalah Vogue ini ditemui menggantung dirinya di apartmennya di Paris. Dia mengalami kemurungan bertahun-tahun sebelum meninggal dunia.

Melalui blog peribadinya, Kim Daul kerap berkongsi tulisan tentang kekerasan dan bunuh diri.

  1. Jang Jayeon

Pada tahun yang sama iaitu 2009, artis Korea bernama Jang Jayeon juga meninggal kerana bunuh diri.

Jang Jayeon juga diberitakan mengalami penyakit kemurungan berpanjangan. Sewaktu berita tragis ini tersebar, muncul laporan bahawa pelakon Boys Before Flowers itu adalah mangsa kekerasan seksual oleh beberapa orang eksekutif hiburan.

Dunia glamor penuh gemerlapan tidak menjanjikan hidup bahagia. Tekanan yang perlu dihadapi oleh setiap bintang Korea Selatan amat tinggi. Tambahan pula, pandangan media dan juga pandangan netizen amat diambil berat dalam karier setiap artis. Ada artis yang kecundang kerana tidak tahan dihina dan dikeji oleh netizen Korea yang terkenal sangat lancang dalam melontarkan kata-kata. Buli siber adalah perkara biasa bagi artis-artis yang tidak kental dan tidak mahu bertahan. 

Bunuh diri bukanlah satu jalan yang perlu dipilih oleh sesiapapun, jika anda mengalami simptom kemurungan dan rasa putus asa melampau, cepat-cepat dapatkan bantuan. 

*Bagi mereka yang mengalami kemurungan, tekanan dan mungkin terfikir untuk bunuh diri, dapatkan bantuan dari Sneham Malaysia Welfare Association yang telah melancarkan talian bebas tol 1800 22 5757 untuk memberi sokongan emosi dan juga khidmat kaunseling*


RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI