THE FLASH HAPUSKAN SNYDERVERSE DARI DCEU

5
(1)

Filem terbaru The Flash bakal memadam segala kaitan filem Zack Snyder dengan DC Extended Universe??!

Menurut satu sumber di sebuah hantaran Twitter yang bernama MyTimeToShineHello, filem The Flash yang bakal ditayangkan akan menghapuskan segala perkaitan filem-filem arahan Zack Snyder termasuklah Man Of Steel, Batman V. Superman dan Justice League dari universe filem DC.

Sekiranya perkara ini benar, ini bermakna Bruce Wayne lakonan Ben Affleck dan Superman lakonan Henry Cavill juga terhapus sama sekali dari DCEU.

Ezra Miller yang melakonkan watak Barry Allen/The Flash pernah muncul bersama Cavill dan Affleck dalam Batman V. Superman dan Justice League. Meskipun Cavill tidak akan kembali sebagai Superman/Clark Kent di dalam filem The Flash itu, Ben Affleck dijangka muncul buat kali terakhir sebagai Batman. Namun dia bukanlah satu-satunya Batman di dalam filem tersebut kerana Michael Keaton juga akan kembali membawa watak yang pernah dibawanya itu dari filem Batman 1989 dan Batman Return 1992.

Henry Cavill mungkin tidak kembali sebagai Superman namun dikhabarkan dua watak dari filem Man Of Steel bakal membuat kemunculan dalam filem terbaru The Flash. Michael Shannon sebagai General Zod dan Anthe Traeu sebagai Faora-Ul. Sasha Cale pula pertama kali akan melakonkan watak Kara Zor-El atau Supergirl.

Bagaimanapun perkara ini masih lagi dianggap khabar angin. Rata-rata penyokong Snyderverse masih tidak boleh terima akan perkara ini. Bagaimana pula dengan anda?

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI