Dilraba Dilmurat Paling Mengancam!

0
(0)

Nama Dilraba Dilmurat menjadi sebutan ramai apabila pelakon jelita itu membuat kemunculan sulong pada tahun 2006 melalui sebuah drama bersiri bertajuk Seven Swordsmen yang telah berjaya mengangkat nama aktres itu di negara Cina. Kejelitaannya menjadi bualan ramai dan pelakon berbakat besar ini pernah dinobatkan antara wanita paling jelita di Asia. Dilraba Dilmurat amat memukau dengan persembahannya dalam drama bersiri di Viu yang bertajuk The Long Ballad

Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai pelakon wanita ini : 


  • Dilraba Dilmurat berketurunan Uyghur. 

 

Pelakon wanita yang berusia 30 tahun ini dilahirkan pada 3 Jun 1992 dan berasal dari Uyghur Xinjiang, Cina. Pelakon in sangat berahsia mengenai keluarganya dan susur- galurnya. Dia tidak pernah berkongsi maklumat mengenai kehidupan keluarganya, tiada siapa mengenali siapakah ibu bapanya, adik-beradik atau sepupu-sepapat Dilraba Dilmurat. Satu-satunya informasi yang diketahui ialah pelakon berbakat ini berketurunan Uyghur dan kepercayaan agamanya juga adalah rahsia. 


  • Dilraba Dilmurat kini bersama William Chan? 

 

Separti selebriti lainnya, seboleh-bolehnya Dilraba Dilmurat mahu merahsiakan kehidupan sosial dan peribadinya, namun khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa pelakon jelita ini kini mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi pop popular Cina iaitu William Chan. 


  • Dilraba Dilmurat boleh bertutur dalam banyak bahasa. 

 

Selepas kejayaannya dalam Eternal Love dan The King’s Woman, semakin ramai yang ingin mengambil tahu mengenai pelakon ini. Bukan sahaja cantik rupa paras, Dilruba Dilmurat ternyata seorang yang genius dan berpengetahuan luas. Pelakon ini boleh bertutur dalam beberapa bahasa seperti Bahasa Mandarin, Bahasa Ughyur, dan Bahasa Inggeris.


  • Dilraba Dilmurat berbakat besar 

 

Selain berlakon, Dilraba Dilmurat juga dikenali dalam dunia peragaan, wanita ini juga amat berjaya dalam bidang peragaan. Sekiranya Dilraba Dilmurat tidak menjadi pelakon, artis wanita ini pastinya sudah menjadi seorang penari berjaya. Siapa sangka pada tahun 2014, Dilraba Dilmurat melakukan adegan tarian dalam drama bersiri Sound of the Desert bersama pelakon utama iaitu Cecilia Liu. 



RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI