THE MULTIVERSE OF MADNESS TRAILER EASTER-EGG!

5
(3)

Bermula dari siri Wandavision kemudian menjadi semakin besar dalam siri Loki dan terbaru ia meletus dalam filem terbaru Spider-Man! Multiverse bakal dirungkai dengan lebih dalam lagi di filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Dengan terbitnya trailer secara rasmi di laman-laman media sosial, kita boleh melihat dengan lebih jelas beberapa easter egg yang mengujakan!

Secara ringkasnya, Doctor Strange dilihat meminta bantuan Wanda a.k.a Scarlet Witch berkenaan The Multiverse.

Kemunculan watak Mordo dengan rupa yang sedikit berbeza. Mungkin dari universe yang sama mungkin juga dari universe berbeza.

Secebis penampakan (nampak belakang jaket) oleh watak yang saya kira spoiler jika anda tak mahu tahu langsung tentang watak ini. Namun Hasbro telah pun mengeluarkan gambar rasmi figura aksi watak tersebut untuk tujuan promosi. Wataknya ialah America Chavez a.k.a Miss America.

Kemudian diperlihatkan juga kemunculan raksasa bernama Shuma-Gorath. Dalam trailer makhluk tersebut melemparkan sebuah bas ke arah America Chavez yang berlindung di belakang Doctor Strange yang sempat membelah bas tersebut menjadi dua!

Yang terakhir saya kira merupakan pendedahan terbesar adalah kemunculan Supreme Strange (katanya dari siri What If) Watak ni kita boleh kata macam Doctor Strange versi jahat la. Tapi kalau nak tahu lebih lanjut kena tonton Siri What If episod Doctor Strange Lost His Heart. Namun benda ni masih lagi teori. Sekiranya benar watak tersebut Strange Supreme yang sama dari siri What If maka siri tersebut boleh dikira berkait dengan MCU.

Kalau korang nak tonton, boleh tengok trailer di bawah.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI