KEMUNCULAN MISS AMERICA! Kenali Siapa America Chavez

5
(2)

Bagi yang sudah menonton trailer terbaru filem Doctor Strange yang bertajuk Doctor Strange in the Multiverse of Madness pasti tertanya-tanya tentang kelibat gadis berjaket denim dengan logo bintang dalam trailer tersebut.

THE MULTIVERSE OF MADNESS TRAILER EASTER-EGG!

Trailer tersebut merupakan penampilan pertama pelakon Xochitl Gomez sebagai America Chavez, salah seorang ahli Young Avengers bernama Miss America.

KENALI MISS AMERICA

Watak ini dicipta oleh Joe Casey dan Nick Dragotta pada tahun 2011 dalam sebuah siri mini bernama Vengeance. Watak itu mendapat sambutan yang baik di dalam siri bernama Young Avengers.

Kisah origin watak America Chavez ini bersangkut paut dengan Multiverse. Dia muncul dari sebuah universe bernama Utopian Parallel yang terpisah dari ruang masa. Di dalam ruang dimensi tersebut terdapat kuasa magis yang sangat kuat yang memberikan watak tersebut kuasa.

Semasa America masih kecil, ibunya mengorbankan diri untuk menutup lohong hitam yang cuba mengancam Utopian Parallel. Apabila meningkat remaja, America membuat keputusan untuk menjadi seorang hero bagi memperingati pengorbanan ibunya. America kemudian mengembara ke dalam Multiverse setelah Utopian Parallel sudah tidak perlukan perlindungan.

Apakah kuasa atau superpower yang dimiliki oleh Miss America?

Selain dari kekuatan superhuman dan ketahanan tubuh yang tinggi, watak ini juga boleh terbang. Yang lebih gempak lagi watak ini dikatakan mampu membuka lubang portal berbentuk bintang di ruang realiti hanya dengan penerajang! Wow! Dari lubang portal tersebut dia dan rakan-rakan boleh mengembara ke serata Multiverse tanpa perlu panggil Grab atau Prebet Sapu. (gurau!)

Menarik bukan? Kalau korang suka artikel ni dan mahukan lagi artikel seperti ini, jangan lupa komen di bawah!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI