HE’S OUT THERE (2018)

4.8
(4)

Hanya dalam 1 malam, percutian keluarga bertukar menjadi tragedi berdarah!” #slasher #thrillersuspense 

Alkisahnya sebuah rumah tasik yang jauh dari kota ini pernah diduduki oleh sebuah keluarga, namun kehilangan seorang anak kecil yang bernama John menjadi misteri hingga ke saat ini. Setelah itu, rumah tersebut telah dijual kepada pasangan Laura dan Shawn.

Setiap tahun keluarga Laura akan datang bercuti ke rumah tasik tersebut. Namun percutian kali ini tidak berjalan lancar seperti sebelumnya. Laura dan dua orang anak perempuannya, Maddie dan Kayla terpaksa bergerak dahulu kerana kesibukan kerja Shawn.

Setiba di rumah tasik tersebut, saat Laura sedang berada di dalam rumah, Maddie dan Kayla yang sedang khusyuk bermain-main buaian tiba² menghilang ke dalam hutan sambil mengikuti jejak tali berwarna merah yang diikatkan di pokok-pokok sepanjang dalam hutan itu.

Malam itu, Maddie bersikap pelik dan asyik muntah² dan Laura mendapati muntah Laura terdapat sekeping kertas kecil yang tertulis “HELLO”.

Laura yang bergegas keluar rumah cuba untuk mendapatkan telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta tiba² mendengar suara² misteri yang cukup seram bergerisik di celah-celah kegelapan hutan di sekeliling rumah tasik mereka.

Setelah itu, bermulalah kejadian² yang paling menakutkan dan mengerikan menanti mereka.

Sang suami yang telah selesai urusan kerja pun menyusul kemudian… tetapi…

Apakah sebenarnya yang telah berlaku ketika Maddie dan Kayla memasuki hutan siang tadi? Dapatkan Laura, Shawn dan anak-anak mereka mengharungi malam tersebut?

Filem bertajuk He’s Out There (2018) ini mengfokuskan bagaimana si ibu yang harus berjuang mati-matian untuk melindungi anak-anaknya dari kekejaman yang menimpa mereka.

7/10 (Recommended untuk peminat filem genre Horror Slasher)

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.8 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI