KISAH BENAR BUAYA MENGGANAS DI BLACK WATER (2007)

4
(1)

NAK BUAYA YANG NAMPAK REALISTIK? BUKAN GRAFIK SEMATA-MATA⁉️ Bolehlah tonton filem ini.

Filem yang diadaptasi berdasarkan kisah sebenar dan yang paling menariknya, filem ini menggunakan buaya yang hidup yang sebenar tau! Seram! “Buaya Darat” pun tidak seram seperti ini!

Sebelum ini, sis pernah review genre sama tajuk ROGUE dan itu adalah pilihan pertama sis. Pilihan kedua adalah CRAWL dan ini adalah yang ketiga. Walaupun filem ini nampak seperti filem “low budget”, namun penampilan lakonan para pelakon yang mantap dan bersungguh-sungguh dari kesemua watak dalam filem ini serta babak-babak suspen kemunculan serta serangan buaya dalam filem ini sangat realistik!

Ketika menonton filem ini, sis sendiri pun boleh terjerit kerana rasa berdebar ketika buaya itu mula beraksi. Ini yang membuatkan filem ini cukup menghiburkan dari segi penyampaian emosi dan ketegangan. Mungkin juga akan ada sesetengah penonton kurang rasa tertarik pada pada permulaan cerita kerana plot pengenalan filem ini agak perlahan, tak banyak sedikit sahaja. Namun itu tidak mencacatkan persembahan filem ini.

Selain itu, banyak saat-saat yang lebih mencemaskan! Terutamanya di salah satu babak ketika mereka panjat pokok untuk mengelakkan dari para Sang Buaya yang tunggu masa untuk menjamu mereka bila-bila sahaja sekiranya mereka terjatuh ke dalam sungai itu! Fuh! Memang mendebarkan!

Ditambah dengan “atmosphere” yang ditonjolkan dalam filem ini juga sangat “ON POINT”. Landskap sungai, paya bakau, tidak menggunakan kesan CGI yang canggih itu langsung! Sesuai dengan penceritaan kisah benar yang ingin disampaikan.

Di sini sis ringkaskan sahaja sinopsis nya kerana review atas pun dah cukup panjang.

Filem ini berdasarkan kisah benar yang pernah berlaku di Australia Utara pada 2003 di tengah-tengah hutan Mangrove. Sebuah percutian yang sepatutnya menyeronokkan telah bertukar menjadi tragedi hitam yang paling buruk dalam hidup mereka dan mereka perlu berjuang untuk hidup. Mampukah mereka terlepas dari cengkaman Sang Buaya yang mematikan⁉️

RATING PERIBADI 8.5/10⭐⭐⭐⭐

FILEM INI ANDA BOLEH TONTON DI YOUTUBE SECARA PERCUMA!

Sebelum itu, jom kita berhibur dengan trailernya dulu.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI