Ulasan SPIDER-MAN NO WAY HOME (2021)

4.6
(10)

Filem superhero paling epik dari Marvel !!!

(Ulasan ini tidak mengandungi spoiler)

Penantian yang sangat berbaloi, perasaan itu yang saya dapat gambarkan selepas menonton Spiderman : No Way Home. Sudah tentu semua peminat Marvel akan teruja menonton filem ini. Anda bagaikan sedang menaiki roller coaster. Kenapa roller coaster? Sebab Sekejap anda akan rasa kagum, kejap anda akan rasa sedih, kejap rasa kecewa, kejap rasa gembira. Perasaan yang bercampur baur timbul semasa dan selepas menonton. Filem superhero yang bermain dengan emosi. Saya berani katakan yang Spider-Man NWH ini adalah filem superhero yang paling lengkap segala jenis elemen selepas filem Avengers : Endgame.

 

Spider-Man No way Home adalah sekuel dari pada Spider-Man Far From Home, di mana penghujung filem identitinya terbongkar dan Spider-Man dituduh membunuh Mysterio (Jake Gyllenhaal). Dalam trailer Spider-Man NWH yang pertama, jelas Peter Parker dihimpit dengan pelbagai masalah selepas identitinya di bongkar. MJ, Ned, Aunt May dan Happy juga turut terkena tempias akibat daripada tuduhan itu. Peter mendapatkan bantuan Dr Strange, namun setiap permintaan mesti ada harganya.

“Be Careful What You Wish For” – Dr Strange

 

Pujian penuh pada pelakon veteran, Willem Dafoe yang membawa watak Green Goblin, seperti mana kita tahu beliau melakonkan sendiri babak aksi tanpa bantuan stuntman pada usia 66 tahun. Namun, Tom Holland kali ini tampil dengan Spider-Man yang lebih matang di bantu oleh MJ lakonan Zendaya dan Ned Leeds lakonan Jacob Batalon.

 

Multiverse? Ya betul. Itulah teras utama yang menjadi peneraju yang membangkitkan segala konflik permasalahan dalam filem ini. Kemunculan semula Green Goblin dan Dr Otto Octavius sudah pasti mengamit memori filem Spiderman lakonan Tobey Maguire. Tak ketinggalan juga kemunculan Villains hebat yang lain seperti Dr Curtis Connor (The Lizzard) dan Eltectro jelas menampakkan filem kali ini menggabungkan pelbagai universe. Kalau dah muncul Villains dari pelbagai universe, adakah Spider-Man dari multiverse akan muncul juga? Haa yang itu anda perlu la tonton sendiri, supaya segala persoalan yang bermain di minda tu terjawab.

 

Teruja, gembira, jakun yang susah untuk digambarkan kerana ini pengalaman pertama menonton dalam hall 4DX di GSC Cinema. Hall yang dilengkapi teknologi filem terkini yang dibangunkan oleh CJ 4DPLEX yang memberikan pengalaman sinematik yang mengasyikkan. 4DX menggabungkan visual pada skrin dengan tempat duduk gerakan yang disegerakkan dan kesan alam sekitar seperti air, angin, ribut, bau, salji dan banyak lagi, untuk meningkatkan aksi pada skrin. Jadi, bila dalam fight scene kerusi anda akan turut bergerak mengikut aksi tersebut. Kalau scene hujan pula, akan bakal dihujani air yang sangat minimal, begitu juga dengan angin dan kilat.

Kalau ada yang tanya, patut tonton ke filem ni? Wajib tonton kerana ia satu filem yang lengkap  Aksi, sedih, lawak, gembira, kecewa dan sesuai untuk tontonan umum. 2 jam 40 minit yang sangat berbaloi.
Rating untuk Spiderman No Way Home
100/10 ⭐

PERHATIAN : Dah habis tonton jangan bangun dari tempat duduk anda lagi, sebab ada 2 post credit scene untuk MCU yang seterusnya. 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.6 / 5. KIRAAN BINTANG 10

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI