THE ADMIRAL: ROARING CURRENTS (2014)- FILEM BLOCKBUSTER KOREA SEPANJANG ZAMAN!!

5
(1)

THE ADMIRAL: ROARING CURRENTS merupakan filem epik aksi perperangan dari Korea Selatan yang menyajikan cukup elemen menarik buat tontonan semua. Membariskan pelakon tersohor terutamanya Choi Min-Sik yang terkenal dengan lakonannya dalam Oldboy dan I Saw the Devil. 

Selain itu filem ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon lain seperti Ryu Seung-ryong, Cho Jin-woon, Kim Myung-gon dan Kwon Yul.

Filem yang dihasilkan berdasarkan peristiwa sebenar “Pertempuran Myeongnyang” yang berlaku pada tahun 1597 iaitu peristiwa pertempuran antara pasukan tentera laut Joseon(Korea) dengan pihak Jepun di perairan Myeongnyang.

Choi Min-Sik membawa watak sebagai komander tentera laut Joseon iaitu Komander Yi Sun-sin yang bertanggungjawab mengetuai pertempuran bersejarah tersebut.

Filem THE ADMIRAL: ROARING CURRENTS berjaya mendapat kutipan pecah panggung ( box office) terbesar dalam sejarah perfilem Korea Selatan. Filem ini mendahului filem-filem terkenal lain seperti Extreme Job , Train to Busan, dan Along with the Gods.

Pada hari pertama tayangan, filem ini telah ditonton oleh seramai 682,882 penonton,mencatat kutipan sebanyak US$ 4.77juta. Filem ini mencatat rekod terbaru di Korea Selatan apabila pada seminggu tanyangan pertama, 3.35 juta tiket terjual dan mencatat pencapaian sebanyak US$ 25.94juta meninggalkan jauh catatan filem-filem lain yang pernah ditayangkan di Korea Selatan termasuklah pemegang rekod ketika itu iaitu filem Transformers : Dark of the Moon. pada 15 Ogos 2014, secara rasmi filem ini dinobatkan sebagai filem pecah panggung sepanjang zaman di Korea Selatan mengatasi pemegang rekod sebelumnya iaitu Avatar. THE ADMIRAL: ROARING CURRENTS merupakan filem pertama Korea Selatan yang berjaya mengutip jualan tiket melebihi 14 juta dan mnegutip jualan melebihi US$ 100juta.

THE ADMIRAL : ROARING CURRENTS

Salah sebuah filem epik perang yang wajib tonton!!

Kisah hebat laksamana perang tentera laut merancang strategi untuk mempertahankan negara dari ancaman jepun.

Nasib yang kian malang, kapal perang hanya tinggal beberapa belas sahaja, anak kapal juga makin pudar semangat.

Laksamana tegas, gagah berani memimpin bala tenteranya.

Ketakutan adalah musuh utama.

Dendam musuh lama
Percaturan terakhir
Nyawa adalah benteng penghabisan

Wajib tonton!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI