Innocent Defendant Kdrama Psiko Thriler

5
(3)

Tajuk: Innocent Defendant (2017)

“ISTERI DIBUNUH! ANAK DITANAM’

Mana tidak sakit hati! Mana tidak sakit jiwa! Tiba-tiba sedar dari tidur sahaja dah berada di dalam PENJARA! Kini dia menunggu masa untuk menerima hukuman sampai mati!

KELIRU! TIDAK FAHAM! Kenapa dia boleh berada dalam penjara, malah telah dituduh membunuh dan menanam mayat isteri dan anak tercintanya!

Sementara diluar penjara.. “seseorang” sedang menertawakannya, meraihkan kemenangannya!

Tapi..benarkah Jung-woo yang telah membunuh isteri dan anaknya??

Hanya ada seorang sahaja kini yang percaya dan akan dapat membantunya disaat Jung-woo sedang mengalami amnesia dan tidak mengingati kejadian sebelum dia sedar dari tidurnya.

Jung-woo harus segera sedar dari amnesianya demi membersihkan namanya dan berjuang untuk membalas dendam terhadap si pelaku yang telah menghancurkan hidupnya.

Ikuti kisah drama sebanyak 18 episod yang penuh dengan plot dramatik ini, yang pasti tidak akan membuatkan anda duduk dengan tenang.

BARISAN PELAKON:-

– Ji Sung sebagai Park Jung-woo seorang pendakwaraya yang telah diperangkap

– Um Ki-joon sebagai Cha Sun-ho dan juga memiliki kembar seiras yang bernama Cha Min-ho

– Kwon Yu-ri sebagai Seo Eun-hye Peguam Bela yang akan membantu Jung-woo

Genre: Legal, Crime, Thriller Psychology
Platform: Viu Malaysia

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI