“Love Hostel” Kisah Yang Penuh Berdarah

4.5
(2)

Jangan terpedaya dengan tajuknya “Love Hostel” kerana ini bukanlah filem cinta-cintun, romance dan joget sana sini..melainkan ia adalah SEBUAH KISAH YANG PENUH TRAGIS bagi setiap pasangan bercinta yang tidak mendapat restu dari keluarga mereka!

Babak awal kita sudah disajikan dengan adegan-adegan sadis! Pertumpahan darah yang cukup ganas! Kematian yang tidak sepatutnya berlaku! Aksi-aksi menembak seperti menonton filem Hollywood “Hitman”! Inilah watak yang dibawakan oleh Bobby Deol sebagai DAGAR SI PEMBUNUH UPAHAN YANG BERHATI KERING DAN DIPENUHI KEBENCIAN!!

Dalam filem ini, pasangan yang kahwin lari dan tidak mendapat restu keluarga mereka pasti akan menjadi sasaran DAGAR. Dagar membunuh tanpa belas kasihan! Terlalu kejam! Ashu dan Jyoti telah menjadi sasaran seterusnya dan kerana Jyoti berasal dari keluarga ternama dimana neneknya merupakan seorang ahli politik, menambahkan lagi kisah cinta ini bukanlah hanya melibatkan maruah keluarga sahaja tetapi juga kerana kepentingan politik!

Ashu dan Jyoti yang berlainan agama serta taraf telah berkahwin secara rahsia dengan kebenaran mahkamah. Mereka kemudian dihantar ke rumah selamat (Safe House) yang dipanggil ‘Love Hostel’.

Namun adakah rumah selamat itu dapat memberi perlindungan kepada setiap pasangan yang berkahwin lari itu?? Apa pula dengan kisahnya si DAGAR ini?? Dia seolah bukan membunuh setakat kerana diupah sahaja!

LOVE HOSTEL yang dibintangi oleh Sanya Malhotra, Bobby Deol dan Vikrant Massey, adalah gabungan kisah cinta yang nampaknya seperti diilhamkan dari kejadian sebenar dan itulah realiti yang tidak mustahil berlaku.

Bestt!!! 8/10 – Filem ini anda boleh tonton secara striming di Zee5

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI