No Country For Old Men 2007

5
(1)

Anton Chigurh, semasa dia seorang remaja dia telah bunuh seorang budak perempuan berumur 14 tetapi hukuman yang dijatuhkan ke atas dia adalah berdasarkan ‘crime of passion’. Ia adalah satu jenayah di luar kewarasan apabila seseorang menerima tekanan yang kuat, tetapi Anton sebenarnya seorang pembunuh psikotik tanpa sebarang perasaan serba salah.

 

Selepas Anton bunuh pegawai polis yang menangkap dia, Anton gunakan kereta polis untuk menahan seorang di tengah jalan. Bagi saya selain babak ikonik, babak ini paling seram. Dengan selamba dan tutur cara yang tenang, nyawa seseorang boleh melayang begitu sahaja.

 

 

Anton kemudian tiba di sebuah stesen minyak. Semasa di kaunter, pemilik stesen hanya memulakan perbualan secara spontan, pada masa ini babak ikonik mula. Gene Jones, berlakon sebagai pemilik itu dapat menyerlahkan perasaan takut semasa perbualan dengan Anton yang mengandungi unsur-unsur ugutan secara halus tapi silap cakap nyawa dia boleh melayang…..tension gila.

Llewelyn seorang pemburu tidak sengaja menemui satu tempat jual/beli dadah di gurun. Selain satu orang yang cedera parah, yang lain semua dah mati akibat urus niaga tak jadi. Tetapi Llewelyn abaikan orang itu yang sedang meminta air.

 

 

Kemudian Llewelyn dapat mengesan si mati yang membawa pergi bag wang untuk urus niaga dadah. Pada malam itu, Llewelyn di rumahnya mula berasa serba salah dan balik ke tempat kejadian itu untuk memberi air kepada mangsa yang tertinggal. Malangnya Llewelyn ditemui oleh geng yang sedang cari duit itu. Llewelyn berjaya meloloskan diri, tapi kereta dia tertinggal di tempat kejadian. Maka Anton dipanggil untuk mengesan jejak kaki Llewelyn.

 

Semasa di hotel, Llewelyn yang tidak percaya Anton dapat menjejaki dia, mula mengesyaki bag wang. Tetapi sudah terlambat, Anton dah sampai pintu bilik.

 

Pertembungan ini telah cederakan Llewelyn dan Anton. Llewelyn berjaya melomoskan diri dengan melarikan diri ke Mexico, tetapi malangnya Anton masih dapat mengesan Llewelyn.

Tak nak #spoiler ?

Berjayakah Llewelyn melarikan wang itu?

Bagaimanakah kesudahan Anton?

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI