Fire In The Sky

5
(1)

Sebuah filem adaptasi novel The Walton Experience yang dikeluarkan pada tahun 1978.

Ia mengenai Travis Walton, seorang pembalak, pada suatu hari bersama rakan-rakan kerja dia menemui satu fenomena langit merah dalam perjalanan balik

Travis, pada masa itu masih bersifat nakal, keluar dari kereta dan mula berjalan menuju ke ‘UFO’. Malangnya pergerakkan Travis mula dikawal dan dia dilontar ke atas tanah.

Kawan-kawan semua terperanjat dan Mike, kawan baik Travis, mula memandu kereta dan bawa yang selainnya beredar dari tempat itu. Mike yang berasa tidak selesa, menurunkan kawan-kawan di tengah jalan dan berpatah balik mencari Travis tetapi dia telah hilang

Kejadian ini kemudian dilapor polis, tetapi penyiasat tidak mempercayai Mike dan berpendapat kumpulan itu telah bunuh Travis.

Selepas 5hari pasukan cari dikerah, Travis masih tidak dijumpai, dan Mike makin hari makin tertekan dengan masalah kewangan dan pandangan penduduk sekeliling terhadapnya. Pada malam ke-5, ada satu panggilan ke rumah Mike, ‘Save Me’, tidak lain tidak bukan itu adalah Travis. Dia dijumpai di tepi jalan tanpa sehelai kain di tengah-tengah hujan.

Travis kemudian dimasuk ke hospital untuk merawat cedera ringan dia. Tetapi, Travis mengalami trauma teruk dan ingatan dia untuk 5hari itu perlahan balik…..dia telah diculik mahkluk asing dan di-eksperimen.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI